Home / Artikel Menarik / Kasut Lumba Asics METARACER™ tampilkan plet karbon penstabil

Kasut Lumba Asics METARACER™ tampilkan plet karbon penstabil

Kasut lumba METARACER™ adalah kasut larian jarak jauh ASICS yang paling berprestasi tinggi, direka untuk membantu para atlet mencapai puncak kejayaan mereka. Ia menggabungkan teknologi revolusi GUIDESOLE™ dengan plet karbon untuk memberikan lebih stabiliti kepada pelari.

Kasut ini juga mempunyai peningkatan dalam “toe-spring” atau anjakan jari kaki yang mengurangkan bebanan ke atas otot betis sehingga 20 peratus untuk penngunaan tenaga yang lebih efisien. Bahagian atas kasut diperbuat daripada bahan “engineered mash” yang amat ringan tetapi kuat membolehkan kaki merasa lebih selesa dan segar dalam keadaan cuaca panas dan berlembapan tinggi.

Teknologi FLYTEFOAM™ pada bahagian tapak tengah (midsole) adalah ringan, lembut dan responsif. Tapak luar diperbuat daripada bahan dengan teknologi Asics grip™ dan Wet Grip Rubber™ Sponge yang membolehkan kasut mencengkam dengan kuat walaupun dalam keadaan basah dan licin.

Kasut METARACER™ boleh didapati dengan harga RM779 sepasang dengan kuantiti yang terhad di kedai ASICS terpilih dan secara online mulai 17 April 2020 di Jepun dan hanya akan berada di pasaran antarabangsa mulai Julai 2020.

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!