Toraja Marathon akan dianjurkan untuk pertama kalinya pada tarikh 13 Ogos 2016 di Toraja, Sulawesi Selatan, Indonesia. Bagi masyarakat Toraja, ini adalah acara sukan tahunan pertama yang akan memetakan Toraja di kalendar olahraga lari di Indonesia dan pada satu masa nanti, di seluruh dunia. Bagi penggemar sukan larian jarak jauh, Toraja Marathon bakal memberikan sebuah cabaran yang tidak mudah dilupakan di daerah yang memiliki budaya dan adat istiadat yang sangat unik di samping kaya dengan keindahan alam semulajadinya.
Terlindung di sebalik pergunungan, alam Toraja memancarkan kemilau magis mulai dari lembahnya yang hijau, hamparan sawah bertingkat, sungai yang membelah perbukitan sehingga ke ladang kopi yang tersebar luas ke penjuru perkampungan. Ini semua bakal menjadi latar-belakang kepada Toraja Marathon yang bakal julung-julung diadakan di sana.
Panitia Toraja Marathon bersama dengan Exotica Toraja sebagai Event Organiser dan Running Explorer sebagai Race Organiser, akan menyelenggarakan acara ini di kabupaten Tana Toraja dan Toraja Utara, Sulawesi Selatan pada 13 Ogos 2016 dengan sasaran peserta 1,000 orang yang terdiri dari masyarakat umum, pelari tempatan dan antarabnagsa. Kategori yang akan dipertandingkan adalah 5K, 10K, separuh marathon (21K), dan marathon (42K), dengan kombinasi larian jalan bertar dan semi trail melalui bandar dan perkampunagn penduduk asli Toraja. Komuniti penduduk-penduduk asal bakal menyambut dan memberi semangat para peserta larian dengan menampilkan kesenian muzik dan budaya unik setiap daerah masing-masing.
Pembukaan pendaftaran peserta telah bermula sejak 20 Mac 2016 secara online melalui laman web www.torajamarathon.com. Melalui laman web tersebut, para peserta juga boleh merancang perjalanan ke Toraja dengan memilih pakej perjalanan yang disediakan oleh penganjur.
Pendaftaran secara off-line juga dapat dilakukan di Makassar dan Toraja secara langsung di kaunter-kaunter di bawah:
1. Kantor Tribun Timur, Jl. Cendrawasih No. 430. Makassar, Sulawesi Selatan.
2. Restoran Mambo, Jl. Dr. Ratulangi No. 34. Rantepao, Toraja Utara
3. Chimsky Café, Jl. Pongtiku, Rantepao, Toraja Utara
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://torajamarathon.com/