Home / Berita Terkini / Pelari Bermandi Lendir di GHOSTBUSTERS SLIME NIGHT RUN

Pelari Bermandi Lendir di GHOSTBUSTERS SLIME NIGHT RUN

bDSC_5879

Para peminat filem Ghostbusters pasti tahu apakah itu ectoplasm. Ectoplasm adalah sejenis lendir hijau (green slime) yang dirembeskan oleh entiti paranormal. Bertemakan “slime” hijau tersebut, larian malam Ghostbusters membawa para peserta ke alam pemburu hantu sambil berlari 5km di sekitar bandar Sunway.

Larian dianjurkan bersama oleh Sony Pictures Malaysia, Sunway Pyramid dan Sunway Lagoon. Seramai 1,800 peelari mengambil bahagian dalam larian sejauh 5 kilometer yang bermula di taman tema Sunway Lagoon.

DSC_5815

Antara tarikan utama larian ini adalah patung watak Stay Puft Marshmallow Man yang tingginya 20 kaki di kawasan perlepasan pelari.

Terdapat pelbagai hadiah menanti untuk dibawa pulang oleh para peserta. Antaranya adalah 1,000 unit barangan rasmi filem Ghostbusters, baucer membeli-belah, Keahlian Kad Movie Club tajaan TGV Cinemas, jemputan Tayangan Perdana Ghostbusters dan banyak lagi.

DSC_5817

Perseta-peserta juga berpeluang untuk bergambar dengan gadis-gadis berpakaian Ghostbuster dan mendapatkan tatu sementara berlogo “No Ghosts”.

DSC_5825

Di masa perlepasan, para perserta dihujani lendir hijau apabila melintasi gerbang permulaan dan seterusnya  melalui pelbagai kejutan  seperti Surprise Slime Attack Zone, Ghostbusters Zone, Music Zone dan banyak lagi.

DSC_5921

Hantu-hantu juga kelihatan berkeliaran dan berselfie dengan para peserta larian!

DSC_5927

Di garisan penamat, sebuah kolam lendir hijau menanti semua peserta yang berani untuk menghadapi cabaran kemuncak ini.

DSC_5835

Peserta yang menamatkan larian menerima pingat penamat eksklusif Ghostbusters dan dihidangkan Slurpee perisa Tutti Fruity yang berwarna hijau dengan percuma dari 7-11.

Untuk gambar-gambar Ghostbusters Slime Night Run, sila klik http://www.jomkitalari.com/galeri/

P7090076

Jom tontoni video sorotan larian malam yang menyeronokkan ini!

Ghostbusters adalah filem re-boot atau yang diberi nafas baru edaran Sony Pictures Malaysia. Berlainan dengan filem asal, Ghostbuster kini menampilkan empat “pembasmi hantu” wanita yang kelakar. Erin Gilbert (Kristen Wiig), Abby Yates (Melissa McCarthy), Jillian Holtzmann (Kate McKinnon) dan Patty Tolan (Leslie Jones) berganding tenaga untuk menyelamatkan dunia dari ancaman kuasa jahat dari alam ghaib. Mereka dibantu oleh seorang penyambut tetamu yang kacak Kevin (Chris Hemsworth).

Ghostbusters kali ini juga menampilkan pelakon-pelakon asal sebagai cameo seperti Bill Murray, Dan Aykroyd, Sigourney Weaver, Annie Potts dan Ernie Hudson.

BVCT0376 GB Keyart-13_Q3D_LR

Jangan lupa tonton filem aksi seram komedi GHOSTBUSTERS di pawagam berdekatan anda bermula 14 Julai ini.

Saksikan treler terlebih dahulu!

 

Check Also

10 Sebab Anda Harus Sertai Penang TOP International Tower Run

Share this on WhatsApp Anda gemarkan cabaran larian menara? Adakah anak-anak tangga memberikan debaran yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!