Home / Artikel Menarik / SUUNTO Spartan Sport – Jam Beraneka Sukan Generasi Baru

SUUNTO Spartan Sport – Jam Beraneka Sukan Generasi Baru

Suunto_Spartan_Sport_001

Berikutan dengan pengumuman Suunto di awal bulan Jun tentang jam GPS beraneka sukan, Spartan Ultra, kini Suunto mengembangkan rangkaian famili Spartan dengan jam Spartan Sport yang baru. Menampilkan 80 mode aktiviti sukan yang dipra-set, jangka hayat bateri sehingga 16 jam, paparan sesentuh yang beraneka warna, Sparta Sport bakal berada di pasaran Amerika Syarikat bermula September dengan harga USD$549 ($599 dengan pengesan kadar degupan jantung / HR sensor)*.

Antara sukan yang boleh diukur oleh Spartan Sport adalah berlari, berbasikal, renang, triathlon dan aktiviti pengembaraan seperti hiking atau ski. Untuk sukan berlari, mode seperti larian interval, larian berhalangan (obstacle) dan treadmill juga boleh diperolehi.

Dengan GPS, FusedSpeed™ dan accelerometer (meter halaju) dalaman, Spartan Sport mampu mengukur pace, halaju, jarak dan altitud dengan tepat.  Para atlet boleh hubungkan jam tersebut dengan kuasa dan sensor basikal untuk mengukur kuasa kayuhan dan cadence. Jam Suunto Spartan juga dilengkapi dengan fungsi renang seperti pace renang, bilangan strok, SWOLF dan kadar degupan jantung semasa berenang.

*Harga dan masa pelancaran Spartan Sport di Malaysia masih belum diketahui. Suunto Spartan Sport bakal didapati dalam warna hitam, biru, sakura dan putih.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.suunto.com/sports-watch-collections/Suunto-Spartan-Collection/

 

 

Check Also

R U Tough Enough kini kembali

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur (19 Ogos 2019) – R U Tough Enough kini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!