Home / Berita Terkini / Tidur Ditangguh kerana Educity Sundown Marathon Iskandar

Tidur Ditangguh kerana Educity Sundown Marathon Iskandar

 

Sundown_Marathon_Iskandar_002

Iskandar Puteri, 11 November 2017 – Ia adalah malam yang cukup mengujakan buat 3500 peserta yang mengorbankan waktu tidur mereka untuk menyertai larian Educity Sundown Marathon Iskandar 2017. Acara tersebut ditaja sepenuhnya oleh EduCity Iskandar Malaysia – hab pendidikan bersepadu di Johor.

 Larian dimulakan dengan pelepasan oleh Pengerusi Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, Tuan Haji Adib Azhari pada jam 8.30 malam sambil ditemani Puan Joanne Oei Wen Li, Pengarah Urusan EduCity Iskandar Malaysia di Kompleks Sukan EduCity. Turut hadir ialah Tuan Noorazam bin Osman, Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA Johor serta pegawai-pegawai kerajaan.

Sundown_Marathon_Iskandar_009

Larian menyaksikan Johor menjadi tuan rumah kepada pelumba-pelumba antarabangsa dari Australia, Amerika Syarikat, Great Britain, Nepal, Indonesia, Singapura, China, Perancis, India, Iran, Jepun, Macau, Belanda, Filipina dan Afrika Selatan. Komuniti larian di Johor juga tidak melepaskan peluang untuk turut sama berlari di bawah hamparan bintang-bintang yang indah. Tema “Sleep Can Wait” sememangnya memberi motivasi kepada para peserta untuk menikmati larian dalam usaha mereka menjalani gaya hidup yang sihat.

Sundown_Marathon_Iskandar_004

Peserta untuk larian 5km, 10km, 21.1km (maraton separuh) dan 42.195 (maraton penuh) dilepaskan berperingkat bermula jam 8.30 malam, 9.30 malam, 10.30 malam dan 10.00 malam. Bagi peserta yang bermatlamat menamatkan larian dalam tempoh tertentu, mereka dibantu oleh pacers yang dipasangkan belon helium berdasarkan catatan yang diinginkan. Peserta juga berpeluang memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM 10000 tunai dan juga pingat.

YBhg.Datuk Ir Khairil Anwar Ahmad, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Investment Bhd (IIB) dalam ucapannya menyebut, “Educity Sundown Marathon Iskandar 2017 adalah sebahagian daripada inisiatif IIB untuk meletakkan Iskandar Puteri sebagai destinasi sukan pilihan selain mempromosikan gaya hidup yang sihat. Ia juga untuk meraikan Iskandar Puteri yang kini diisytiharkan dengan status bandar. Melangkah ke hadapan, IIB akan membawa lebih banyak acara sukan di Iskandar Puteri sepanjang 2017 – 2018. Ini sekaligus menjadikan Iskandar Puteri sebagai hab dan destinasi sukan di rantau ini, terutamanya dengan SUKMA yang akan dihoskan oleh Johor pada 2020.

Sundown_Marathon_Iskandar_001

Peserta dan hadirin turut disajikan dengan aktiviti-aktiviti menarik di Perkampungan Larian (Race Village) seperti tayangan filem blockbuster dan persembahan kumpulan band popular. Kenderaan saji atau food truck turut menceriakan lagi suasana karnival dengan pelbagai hidangan lazat.

Pengarah Acara, Mohd Bukhari Ismail berkata, “Lebih 4,000 orang mengunjungi Race Village kami tahun ini. Sudah tentu kami teruja dengan jumlah kehadiran yang besar ini. Ia menunjukkan larian waktu malam adalah pilihan utama untuk komuniti maraton serta mereka yang ingin memulakan gaya hidup sihat dengan cara berlari.”

Sundown_Marathon_Iskandar_006

Pengasas Sundown, Adrian Mok yang turut hadir menyaksikan sendiri berlangsungnya acara ini nyata kagum dengan pencapaian membanggakan yang telah dicapai edisi kali ini. “Kerjasama dalam dua edisi sebelum ini di EduCity telah melonjakkan keyakinan kami untuk membawa lebih banyak acara hebat di Johor” katanya. “Kami turut gembira dengan sokongan berterusan EduCity dalam memberi peluang melebarkan jenama kami ke peringkat antarabangsa” tambah Mok.

Kategori acara maraton penuh lelaki dimenangi oleh Mohamad Izam Shah bin Zainal Abidin dari Malaysia dengan catatan masa 03:23:03 menewaskan dua pelari British, Henry De Renzy-Martin dan Christopher Timms yang masing-masing mencatatkan masa 03:24:22 dan 03:43:02.

Sundown_Marathon_Iskandar_007

“Berlari pada waktu malam yang penuh dengan pelari-pelari yang bersemangat ini benar-benar membuat maraton malam ini cukup bermakna. Saya harus mengakui Village Race yang dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti menarik membuatkan acara ini lebih istimewa. Ia juga dianjurkan dengan baik dan berorganisasi. Peserta dan hadirin dapat menikmatinya dengan gembira. Saya pasti akan menyertai lagi Sundown Maraton pada masa hadapan” kata Mohamad Izam Shah Bin Zainal Abidin.

Sementara itu, Esther Yong Keow Lee dari  Malaysia memenangi acara maraton penuh wanita selepas menamatkan larian dengan catatan 04:20:11. Seorang lagi peserta Malaysia, Tan Hong Wee di tempat kedua sementara Aileen Ho dari Singapura di tangga ketiga.

“Laluan larian sangat menyeronokkan membuatkan saya bermotivasi untuk meneruskan larian. Berlari pada waktu malam dengan udara yang nyaman turut membantu menenangkan fikiran selain memberi fokus dalam menamatkan larian. Race Village pula memberi peluang peserta beramah mesra dan menghabiskan masa dengan aktiviti menyeronokkan. Persahabatan di kalangan pelari adalah penting kerana ia membantu anda untuk memacu larian lebih jauh lagi” kata Esther Yong Keow Lee.

POST EVENT RELEASE FINAL - Educity Sundown Marathon Iskandar 2017_BM-page-001

Untuk maklumat lanjut, layari  http://www.sundownmarathon.com/iskandar/

Check Also

SHOKZ Lancar Fon Kepala OPENRUN PRO2 dengan Teknologi DualPitch™

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, Malaysia, 23 September 2024 – Jenama elektronik pengguna terkemuka …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!