Langkawi, 11 November 2017 – Atlet Jerman, Diana Riesler telah mempertahankan kejuaraannya buat kali keempat berturut-turut di IRONMAN Malaysia Langkawi.
Walaupun Riesler ketinggalan dua minit di belakang atlet Amerika, Laurel Wassner dalam acara renang, beliau terus menguasai perlumbaan dalam acara berbasikal dan seterusnya acara larian dengan masa 9:19:00.
“Saya sangat gembira apabila berjaya mempertahankan kejuaraan buat kali keempat,” ujar Riesler. “Saya mempunyai hubungan yang istimewa dengan Langkawi. Orang-orang di sini peramah dan saya berpeluang melihat burung-burung camar setiap kali saya dating ke Langkawi. Walaupun hujan, saya Berjaya menyesuaikan diri dalam ketiga-tiga disiplin yang dipertandingkan.”
Riesler pernah memenangi jarak IRONMAN sebanyak lima kali, di mana satu-satu kemenangan di luar Malaysia adalah di Lanzarote dalam tahun 2015.
Atlet Jerman Mareen Hufe, muncul di tempat kedua dengan masa 9:27:23 manakala atlet Perancis, Manon Genêt mendapat kemenangan podiumnya yang pertama di tempat ketiga.
Dalam kategori lelaki, atlet Perancis, Romain Guillaume mengunguli tempat pertama dengan catatan masa rekod 8:32:53.
Dengan keadaan sebak, Guillame berkata, “Saya amat gembira pada akhirnya saya dapat menjuarai IRONMAN Malaysia. Saya telah mengharungi pelbagai rintangan dalam percubaan saya untuk mendapatkan gelaran juara yang menjadi rebutan di dalam triathlon. Saya pelajari dari kesilapan lalu agar tidak mengulanginya. Langkawi adalah istimewa buat saya kerana pulaunya yang indah dan orang-orang di sini mudah mesra. Saya berjanji akan kembali lagi untuk mempertahankan gelaran juara saya.”
Tempat kedua kategori lelaki dimenangi oleh atlet Denmark, Jens Petersen-Bach, 4 minit selepas pemenang tepat pertama diikuti oleh atlet Jerman, Roman Deisenhofer di tempat ketiga.
Untuk gambar-gambar sekitar Ironman Langkawi, sila klik DI SINI.
PROVISIONAL RESULTS
PRO MEN | PRO WOMEN | ||||||
1 | Romain Guillaume | FRA | 08:32:53 | 1 | Diana Riesler | GER | 09:19:00 |
2 | Jens Petersen-Bach | DNK | 08:36:43 | 2 | Mareen Hufe | GER | 09:27:22 |
3 | Roman Deisenhofer | GER | 08:40:44 | 3 | Manon Genêt | FRA | 09:36:13 |
4 | Christian Kramer | GER | 08:46:52 | 4 | Saleta Castro Nogueira | ESP | 09:38:35 |
5 | Nicholas Baldwin | SYC | 08:56:17 | 5 | Parys Edwards | GBR | 10:21:32 |
IRONMAN Langkawi 2017 disokong oleh Malaysia Major Events, salah satu divisyen di bawah Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB), agensi dibawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Kerajaan Negeri Kedah, Lembanga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Naturally Langkawi.
Untuk maklumat lanjut tentang IRONMAN, sila layari www.ironman.com.
Photo credit – Creative Clicks Photography