Pelari ultramarathon berstatus legenda, Scott Jurek kembali ke Appalachian Trail dengan sasaran untuk menamatkan laluan denai tersohor itu dalam masa 40 atau kurang. Jika beliau berjaya, ia akan memecahkan rekod peribadinya (46 hari) dan seterusnya menjadi Rekod Masa Terpantas yang Diketahui (Fastest Known Time) untuk laluan tersebut
Jurek yang telah merakamkan rekod kelajuan 46 hari dalam tahun 2015, akan kembali merentasi laluan Utara – Selatan sejauh 3,529 km (2,193 batu) dari Mount Katahdin, Maine sehingga ke Springer Mountain, Georgia.
Jurek, 47, telah memulakan perjalanan beliau pada minggu 2 Ogos dan menyasarkan larian dengan purata kelajuan 87km (54 batu) sehari, dengan pendakian ketinggian yang mencabar di sepanjang perjalanan. Beliau dijangka akan menamatkan lariannya di pertengahan bulan September.
Jurek berharap dengan cubaan ini, beliau dapat memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk sentiasa cuba untuk menjangkaui jangkaan dan berusaha untuk mencapai sasaran yang ditetapkan, tanpa mengira di mana mereka berada di dalam hidup mereka.
Dalam kerjayanya sebagai pelari profesional, Jurek sentiasa berusaha untuk memecahkan batasan prestasi pencapaian manusia. Beliau telah memenangi hampir semua acara ultramarathon elit sama ada di denai atau di jalan raya, termasuk Spartathlon 246km (153 batu), Hardrock 100, Badwater 135-Mile Ultramarathon dan Western States 100-Mile Endurance Run, sebuah acara yang telah sinonim dengan namanya di mana beliau telah mencatatkan rekod dengan memenangi acara tersebut sebanyak tujuh kali berturut-turut.
Beliau telah berjaya menakluki Appalachian Trail pada tahun 2015 dengan mencatatkan rekod dengan purata kelajuan 75.6km (47 batu) dalam 46 hari berturut-turut. Beliau juga adalah pemegang rekod Amerika Syarikat bagi larian 24 jam di atas apa jua permukaan dengan jarak larian 266.7km (165.7 batu).
“Apabila saya berlumba, saya sentiasa kembali ke acara perlumbaan yang sama. Bukan untuk mengulangi pengalaman sebelum ini tetapi bagi mendapatkan perspektif berbeza. Dengan pendekatan baharu, saya ingin mengetahui sama ada saya dapat mengerah kudrat untuk mencapai yang lebih baik dari dalam diri saya,” kata Jurek.
“Dalam setiap perlumbaan, garisan penamat bukanlah menjadi tumpuan utama saya, tetapi saya lebih berminat untuk menjejaki apa yang telah saya lakukan dari belakang sehingga ke garisan permulaan. Enam tahun telah berlalusejak saya mencipta rekod tersebut, dan saya rasa saya masih mempunyai banyak urusan yang belum saya habiskan. Saya tidak lupa tentang penderitaan yang saya alami, tetapi kadang kala kita harus kembali ke tepat yang sukar untuk melakukan perkara yang sukar. Saya masih mempunyai banyak perkara yang saya perlu pelajari, dan saya masih mempunyai banyak lagi untuk diberikan,” tambah Jurek.
Untuk menjayakan cabaran ini, Jurek mendapat sokongan daripada isteri, Jenny dan anak-anaknya Raven dan Evergreen (Instagram.com/JureksOnTheRun), bekas Marine Scout Sniper dan pakar hiking Tom Gathman (@TheRealHikingViking) dan bekas pemegang rekod kepantasan Appalachian Trail Karl Meltzer (@MeltzerKarl).
Para peminat boleh mengikuti perjalanannya melalui Facebook.com/ScottJurek dan Instagram.com/ScottJurek, dengan tanda pagar #webwalkerAT21 serta aplikasi Somewear tracking app.