Home / Artikel Menarik / Alamilah Pengalaman Berlari Baharu dengan Flow Velociti SE

Alamilah Pengalaman Berlari Baharu dengan Flow Velociti SE

Under Armour telah memperkenalkan model kasut terbaharu, Flow Velociti SE, menyusuli kejayaan kasut Flow Velociti Wind yang telah dilancarkan pada awal tahun lalu. Dengan adanya sistem kusyen semua-dalam-satu, Flow Velociti SE membolehkan anda berlari dengan lebih jauh dan lebih pantas. Kaki akan terasa lebih ringan, tanpa adanya sensasi berat di bahagian upper dan seterusnya ini akan menghasilkan pengalaman berlari yang seimbang dan selesa.

KISAH DI SEBALIK EVOLUSI UA FLOW & CIRI-CIRI BAHARU FLOW SE

Dalam proses reka cipta Flow Velociti Wind — kasut pertama dalam rangkaian Flow yang telah dilancarkan di musim bunga lalu — pasukan invoasi kasut Under Armour telah memberi fokus kepada satu idea yang mudah: bagaimana untuk mencipta kasut yang laju dan membawa pembaharuan dalam bidang larian. Penyelesaian yang dicapai adalah untuk menyingkirkan bahagian kasut yang paling berat iaitu tapak luar (outsole), tanpa menjejaskan daya tahan dan cengkaman. Kasut Flow Velociti SE menampilkan sistem kusyen yang sama iaitu responsif, mencengkam, dan memberi sokongan, semua dalam satu. Penggunaan kompaun foam tunggal telah melenyapkan keperluan tapak luar getah, dan ini membolehkan Under Armour untuk mencipta kasut lari yang inovatif dan berdaya cengkaman. Walaupun, tapak tengahnya (midsole) adalah sama dengan Flow Velociti Wind, Flow Velociti SE adalah kasut yang tersendiri dalam famili rangkaian Flow, dilengkapi dengan bahagian upper yang berteknologi baharu untuk pengalaman berlari yang berbeza kepada si pemakai.

Kasut Flow Velociti SE yang baharu ini memberikan daya tindak balas (responsiveness) yang tiada tolok bandingannya, pulangan tenaga dan daya cengkaman yang membolehkan anda berlari dengan lebih yakin. Flow Velociti SE juga mempunyai bahagian upper yang diperbuat dengan rajutan leper (flat knit) yang boleh diregang secara mekanikal, telus udara, dan struktur yang melindungi bahagian metatarsal untuk sokongan dan keselamatan tambahan. Bahagian upper Flow Velociti SE menampilkan gaya ringkas dengan bebenang TPU yang ditenun melitupi bahagian tengah kaki dan tumit. Kekuatan bebenang TPU memberikan sokongan tanpa memberikan beban berat tambahan kepada kaki. Dengan padanan (fit) yang sempurna, si pemakai akan terasa lebih selamat dan konsisten.

“Kasut Flow Velociti SE memberikan pengalaman berlari yang lancar dan ideal untuk larian jarak jauh. Tapak tengah (midsole) Flow yang ringan memberikan daya cengkaman ke atas tanah manakala bahagian upper bergerak mengikut setiap langkah. Gandingan ini memberikan keyakinan kepada pelari meneruskan larian dengan laju.” – Douglas Smiley, Pengurus Kanan Rangkaian Kasut Lari Berprestasi Tinggi

Keselesaan kasut Flow Velociti SE dipertingkatkan dengan bahagian lidah yang bertenun penuh dan kusyen tambahan di bahagian kolar dan tumit.

Ia juga boleh disalinghubungkan secara digital menerusi aplikasi MapMyRun, untuk memberikan panduan latihan peribadi secara langsung (real-time) untuk memperbaiki cara berlari (form), membantu pelari berlari lebih jauh dan pantas serta mengelakkan kecederaan.

FAKTA TAMBAHAN UA FLOW – SISTEN KUSYEN SEMUA-DALAM-SATU

UA Flow mengubah cara kasut lari tradisonal direka cipta dengan menyingkirkan tapak luar getah, dan ini menurunkan berat kasut sebanyak 57-85 g berbanding dengan dengan kasut lari tradisonal. UA Flow merupakan teknologi tapak tengah (midsole) yang paling ringan di dalam rangkaian produk berlari UA, yang membawa daya kusyen yang ringan dan teknologi yang berpanjangan kepada kategori larian. Oleh kerana tapak foam tersebut mempunyai daya cengkaman yang semula jadi, tapak luar getah tradisional tidak diperlukan lagi.

Idea untuk UA Flow telah tercetus oleh Pasukan Inovasi Kasut UA di Portland, Oregon. Pasukan ini telah bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang menghasilkan bahan-bahan berasaskan sains dan teknologi untuk membawakan satu pengalam berlari yang baharu. Mereka telah menumpukan perhatian kepada sebuah idea yang mudah: bagaimanakah untuk menghasilkan rasa seolah-olah ditolak angin dari belakang ketika berlari? Penyelesaian “fikiran luar kotak” yang dicapai adalah untuk menyingkirkan tapak luar getah sepenuhnya, tanpa menjejaskan keselesaan, flexibiliti dan daya cengkaman dalam setiap Langkah larian.

Pembangunan UA Flow telah dilaksanakan bersama syarikat Dow dan pasukan Under Armour termasuk kumpulan Inovasi, Rekaan Produk, Biomekanik, Atlet dan Kajian Pengguna dan banyak lagi – dengan melibatkan lebih 50 tenaga kerja. Lebih daripada 130 atlet elit telah mengambil bahagian dalam ujian berlari melebih 17,700 km secara kolektif dalam proses pembangunan UA Flow. Salah seorang atlet yang tahu akan pentingnya kepantasan (di dalam balapan dan padang) adalah DK Metcalf, seorang pemain bola speak Amerika profesional, posisi wide receiver yang  ditampilkan dalam kempen pemasaran Velociti SE. Beliau juga telah menceburi sukan balapan pada musim panas ini, di luar musim bola sepak.

“Berlari adalah sesuatu yang mencetuskan perasaan cinta-benci. Saya tidak akan membenarkan apa jua untuk menghalang saya. Jadi, saya sentiasa berusaha untuk menambahbaik kepantasan saya. Tanpa mengira kepantasan saya sekarang, saya sentiasa mendorong diri saya untuk menjadi lebih pantas.” – DK Metcalf, Pro Wide Receiver

Adalah menjadi kebiasaan bagi UA di mana atlet di luar bidang sukan larian juga mendapat peluang untuk merasai keunikan teknologi UA Flow. Teknologi tapak tengah (midsole) UA Flow telah diperkenalkan di dalam kategori bola keranjang dengan pelancaran kasut signatur Stephen Curry, kasut Curry Flow 8. Kerjasama dengan pemain legenda bola keranjang tersebut membolehkan pasukan UA untuk mendapatkan manfaat pembelajaran dari pelbagai bidang sukan yang berbeza bagi meningkatkan prestasi atlet.

DNA PRODUK:

● Dihubungkan dengan MapMyRun

● Berat: Lelaki saiz 9 – 235.3g  / Wanita saiz 7 – 221.1

● Harga: RM 549

● Heel: 26 mm

● Forefoot: 18 mm

● Offset: 8 mm

Dapatkan Under Armour Flow Velociti SE, dengan harga RM 549 sepasang di stor dalam talian Under Armour (https://www.underarmour.com.my/en-my/ua-flow-velociti/).

Check Also

Acara ASICS META: Time : Trials Thailand Berakhir Dengan Meriah

Share this on WhatsApp Acara ASICS META : Time : Trials Thailand 2024 berakhir dengan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!