Home / Artikel Menarik / POLAR VANTAGE M2 – Tingkatkan Prestasi Atlet dengan Pintar

POLAR VANTAGE M2 – Tingkatkan Prestasi Atlet dengan Pintar

POLAR, jenama yang dikenali sebagai peneraju peranti boleh-pakai (wearable) teknologi sukan sejak tahun 1977 telah memperkenalkan satu lagi jam tangan kecergasan, Polar multisport Vantage M2 ke pasaran Malaysia.

Polar Vantage M2 adalah jam tangan pintar semua-dalam-satu yang membantu para atlet untuk meningkatkan prestasi mereka. Dengan panduan peribadi, hayat bateri dalam mode latihan melebihi 100 jam dan ketepatan yang tiada tolok bandingan untuk memantau perkembangan dan proses pemulihan, jam tangan multisport ini menyerlahkan atlet dari dalam diri anda dengan berlatih secara lebih pintar.

Dicipta untuk atlet yang lebih serius, Vantage M2 menawarkan fungsi mode latihan Duathlon and Triathlon. Ia juga memberi akses kepada data Training Load Pro untuk mengetahui bebanan yang dialami dari dari setiap sesi latihan. Para pelari juga boleh mendapatkan manfaat daripada fungsi program-program latihan adaptif yang direka cipta untuk mereka yang baru bermula dan juga berpengalaman. Fungsi FitSpark memberikan cadangan sesi Latihan yang perlu dilakukan berdasarkan sejarah latihan dan pemulihan. Untuk bekalan tenaga yang mencukupi dalam sesi latihan panjang, FuelWise memberikan anda cara yang pintar untuk “fueling”.

Sorotan Fungsi Polar Vantage M2:

  • RUNNING PROGRAM – Pelan latihan adaptif yang dapat membantu untuk memperolehi sasaran larian dengan efisien dan jitu.
  • TRAINING LOAD PRO™ – Memberikan data terperinci untuk membantu proses pemulihan fizikal sepenuhnya sebelum sesi yang berikut.
  • KETEPATAN – Dilengkapi teknologi kadar degupan jantung dan GPS berintegrasi untuk to merekodkan kelajuan, jarak dan lokasi.
  • DATA TIDUR & PEMULIHAN (RECOVERY) – Fungsi Sleep Plus Stages™ dan Nightly Recharge™ mengumpulkan data terperinci untuk jangkamasa dan kualiti tidur, dan juga mengukur tempoh pemulihan semalaman untuk menyediakan anda bagi menghadapi hari esoknya.
  • FITSPARK™ & WEEKLY SUMMARY – Panduan senaman harian yang boleh diubah suai mengikut keperluan individu berdasarkan data pemulihan, sejarah kesediaan dan latihan dengan FitSpark™, dan pemantau kemajuan dengan fungsi Ringkasan Mingguan (Weekly Summary).
  • FUEL WISE™ – Pembantu ‘fueling’ pintar yang membolehkan anda mendapatkan bekalan tenaga untuk optimal bagi sesi latihan yang berpanjangan.
  • FUNGSI PERLU JAM TANGAN PINTAR – Paparan dashboard yang mudah digunakan untuk kawalan muzik, laporan cuaca dan notifikasi.
  • SPORTS MODE – Menyokong lebih daripada 130 jenis sukan. Anda boleh memasukkan sukan kegemaran anda ke dalam jam tangan melalui Polar Flow dan mengubah suai paparan mengikut kehendak anda untuk setiap sukan.
  • BACK TO START WAY POINT – Panduan ini membantu anda untuk kembali ke titik permulaan sesi anda.

Harga jualan yang disyorkan:  MYR1,599.00

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://ourpolar.com/

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!