Home / Artikel Menarik / OAKLEY KATO – Revolusi Baharu Kacamata Sukan

OAKLEY KATO – Revolusi Baharu Kacamata Sukan

Oakley telah melancarkan kacamata sukan baharu, Oakley Kato yang menampilkan lensa wraparound yang melitup keliling mata dan sebahagian daripada hidung. Kacamata Oakley Kato ini telah dipakai oleh pelumba basikal Sam Bennett di dalam perlumbaannya untuk memenangi tahap empat kejuaraan 2020 Vuelta a España.

Menurut Oakley, kacamata ini menampilkan kacamata yang inovatif, dengan lensa melengkung tanpa bingkai dan dicipta untuk mengacu kontor muka, umpama memakai topeng muka. Revolusi baharu ini telah dilahirkan daripada teknologi inovatif dan kejuruteraan Oakley yang telah berkembang sejak 45 tahun yang lalu.

Rupa bentuk yang radikal dikatakan boleh menghasilkan penglihatan yang jelas dan seterusnya meningkatkan keyakinan si pemakai untuk menyerlahkan “superpower” dari dalam diri mereka.

Harga runcit Oakley Kato (OO 9455) adalah RM1,490 sepasang. Untuk maklumat lanjut tentang Oakley Kato, sila layari Oakley.com.

Check Also

BiiB Perkenal Anugerah ”TOP 100 MALAYSIAN RUNNERS” Bagi Mengiktiraf Kecemerlangan Atlet Sukan Larian Tempatan

Share this on WhatsApp Subang Jaya, 11 Mei 2025 – Pada pagi Ahad yang hening …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!