Home / Artikel Menarik / COROS VERTIX 2 – Jam Tangan Kembara GPS Berprestasi Tinggi

COROS VERTIX 2 – Jam Tangan Kembara GPS Berprestasi Tinggi

Inovasi dan teknologi merupakan teras kepada COROS dalam merekacipta produk yang menjadi perintis di dalam industri larian, berbasikal dan kembara. Sama anda anda membuat pusingan di dalam trek atau mendaki banjaran gunung, Coros Vertix 2 pastinya bersedia untuk menjadi teman kembara setia anda dengan fungsi-fungsi berteknologi canggih.

Jom kita baca ciri-ciri COROS VERTIX 2

Chipset GNSS Dwi-frekuensi Semua Satelit

Chipset yang canggih ini membolehkan VERTIX 2 untuk mengendalikan persekitaran yang kompleks seperti jalan raya di bandar besar, kawasan lurah dan hutan. VERTIX 2 memberikan bacaan yang lebih jitu di kawasan yang terlindung atau kawasan yang terdapat gangguan daripada dinding yang besar atau bangunan-bangunan tinggi.

VERTIX 2 menampilkan tiga tetapan satelit yang boleh ditukar mengikut kesesuaian lokasi dan penggunaan:

1. Standard GPS Only – Bacaan GPS Standard diambil setiap saat dan sesuai untuk kegunaan biasa di bawah keadaan hubungan satelit yang jelas, contohnya aktiviti luar rumah yang biasa di kawasan lapang. Hayat bateri VERTIX 2 boleh bertahan sehingga 140 jam dalam mode ini, jauh lebih lama berbanding dengan jam-jam saingan di luar sana.

2. All Systems On – Tetapan ini akan menghidupkan semua sistem satelit secara serentak, termasuk GPS, GLONASS, Galileo, Beidou, dan QZSS. Jam tangan generasi sebelum ini hanya boleh menghidupkan 2-3 sistem sahaja. Mode ini akan membolehkan bacaan satelit diambil dalam keadaan langit yang terlindung (oleh awan atau rimbunan pokok). Tetapan ini akan menggunakan tenaga yang lebih tinggi berbanding dengan tetapan standard, dengan hayat bateri sehingga 90 jam.

3. All Systems + Dual FREQ On – mode satelit yang paling berkuasa dan jitu. Ia membolehkan jam tangan berkomunikasi dengan sistem satelit melalui dua frekuensi secara serentak dalam keadaan cuaca dan persekitaran yang lebih mencabar. Walaupun mode ini menggunakan tenaga bateri yang tinggi, VERTIX 2 mampu memberikan penjejakan berterusan sehingga 50 jam, melebihi hayat bateri jam-jam tangan GPS lain di pasaran. Untuk aktiviti melebihi 50 jam, pengguna boleh menukarkan tetapan ke konfigurasi GPS alternatif.

Dengan adanya tetapan sistem satelit yang berkuasa tinggi, anda boleh mendapatkan bacaan pace, jarak dan catatan masa yang lebih tepat walaupun berdepan dengan keadaan persekitaran yang mencabar seperti di dalam hutan, kawasan lurah dan kawasan dengan bangunan-bangunan tinggi.

Pengalaman Peta di luar talian lobal (offline)

VERTIX 2 menawarkan tiga lapisan pemetaan: Landskap, Topo (Topografi), dan Hibrid.

Pengguna yang ingin mengikuti laluan yang sedia ada boleh menggunakan fungsi navigasi yang akan menindihkan peta laluan .GPX dengan lapisan peta yang baharu untuk memberikan bacaan dan data yang lebih terperinci.

Paparan sesentuh COROS baharu yang responsif memudahkan anda untuk membuat navigasi dengan hujung jari. Penggunaan Digital Dial adalah cara yang lebih mudah untuk membuat zoom masuk dan keluar, berbanding dengan cara tradisional menekan butang.

Unit-unit jualan VERTIX 2 juga akan dipra-muatkan dengan peta lanskap global di luar talian (offline). Anda boleh memuat turun peta Topo untuk kawasan spesifik yang anda perlukan dengan percuma di COROS.com dan kemudian memindahkan fail tersebut dari komputer ke jam tangan GPS anda melalui sambungan USB.

Paparan Terbesar bagi Jam COROS

Paparan sesentuh 1.4-inci baharu dengan resolusi 280 x 280 (64 colours) memberikan visual yang lebih terperinci dan menarik – seperti bacaan data, peta dan laluan dalam warna sepenuhnya.

Tambahan pula, VERTIX 2 menyokong sehingga 8 lapangan (field) data dalam satu halaman untuk satu aktiviti.

Hayat Bateri yang Menggemparkan

Seperti model-model sebelum ini, VERTIX 2 menampilkan hayat bateri yang paling tahan lama di dalam industri, meninggalkan pesaing-pesaing jauh di belakang. Jangkaan hayat bateri VERTIX 2 untuk pelbagai kegunaan atau tetapan adalah seperti berikut:

● Kegunaan harian – 60 hari

● Standard Full GPS (bacaan plot setiap saat) – 140 jam

● Standard Full GPS dengan memainkan muzik – 35 jam

● All Systems On – 90 jam

● All Systems On dengan memainkan muzik – 30 jam

● All Systems + Dual Frequency On – 50 jam

● UltraMax GPS – 240 jam

Kuasa Pemproses Tahap Lebih Tinggi

VERTIX 2 menggunakan chipset dan pemproses generasi baharu untuk kepuasan penggunaan COROS yang hebat dan lancar. Dalam ujian-ujian telah dibuat secara meluas, VERTIX 2 didapati 20% lebih pantas berbanding dengan VERTIX 1.

Antaramuka Pengguna (User-Interface/ UI) Diperbaharui

Dengan adanya UI ikonik, Digital Dial yang telah diperbaharui, anda boleh menatal (scroll) paparan untuk mendapatkan metriks data penting dengan mudah.

Paparan sesentuh yang ditambahbaik juga membolehkan anda untuk mengakses pelbagai fungsi menggunakan hujung jari anda, dengan kawalan yang lebih jitu semasa navigasi, memainkan muzik dan mendapatkan lapangan data.

ECG Pergelangan Tangan

Fungsi Electrocardiogram (ECG) adalah cara yang paling tepat untuk memantau kadar degupan jantung/ denyutan nadi dan juga cara yang boleh dipercayai untuk mendapatkan Variabiliti Kadar Degupan Jantung (Heart Rate Variability/ HRV).

The VERTIX 2 mempunya keupayaan untuk mengakses ECG dan HRV, dan juga Bebanan /Stress (dari aktiviti latihan dan juga aktiviti seharian) yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan dan mengoptimumkan pelan latihan dan pemulihan (recovery).

Indeks HRV; lebih tinggi skor, lebih baik.

● 81-100: Unggul, tenang;

● 51-80: Tinggi, di bawah tekanan fizikal dan mental rendah;

● 21-50: Sederhana, di bawah tekanan fizikal dan mental yang sederhana;

● 1-20: Rendah, di bawah tekanan fizikal dan mental yang berlebihan;

Bacaan HRV harian akan diaparkan di dalam aplikasi COROS untuk dijadikan perbandingan dan pemantauan perubahan harian untuk mengetahu status kesihatan anda dengan lebih baik.

Kesalinghubungan Wi-Fi

Kesalinghubungan WiFi baharu bagi COROS membolehkan perisian tegar (firmware) dimuat turun dengan pantas dan lancar daripada COROS

Kawalan Jauh Kamera Insta360™

Anda boleh mengawal kamera Insta360™ (Insta360 Go 2, One X2 dan One R) menggunakan VERTIX 2. Dengan adanya fungsi ini, anda boleh mendapatkan sudut fotografi yang lebih kreatif dengan menggunakan tripod.

Muzik Untuk Setiap Langkah

VERTIX 2 menawarkan storan dalaman untuk menyimpan dan memainkan muzik.

Anda boleh padankan (pairing) VERTIX 2 dengan fon telinga Bluetooth untuk menikmati muzik di mana sahaja. Kawalan muzik boleh dilakukan di paparan sesentuh dengan mudah.

Ketersediaan

Warna: Obsidian & Lava.

Warna tali jam tangan: Coral, Grey, Yellow, Black, Green Navy

VERTIX 2 bakal berada di pasaran Malaysia di hujung bulan September 2021 dengan harga yang bakal diumumkan kelak. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://coros.my/ dan ikuti laman sosial COROS di @corosmalaysia.

Check Also

Diganggu Penunggu Presint 18, Putrajaya? Pelari Kongsi Kisah Seram Ketika Berjoging

Share this on WhatsApp Gambar hiasan Pernahkah anda mengalami insiden yang menyeramkan ketika berlari di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!