Home / Artikel Menarik / 5 Sebab Anda Akan Jatuh Cinta Pada UA HOVR MEGA 2 CLONE

5 Sebab Anda Akan Jatuh Cinta Pada UA HOVR MEGA 2 CLONE

Under Armour telah memperkenalkan kasut lari maksimalis UA HOVR Mega 2 Clone. Kasut yang berdaya kusyen tinggi tetapi efisien ini amat sesuai digunakan untuk larian jarak jauh atau latihan high mileage. Jom kita baca mengapa anda harus dapatkan UA HOVR Mega 2 Clone hari ini juga!

1) Daya Kusyen UA HOVR Yang Unggul

Dengan tapak tengah (midsole) UA HOVR Foam yang lebih lebar dan tebal, anda akan mendapat daya kusyen maksimum umpama “cruise-control” semasa larian. Menampilkan stack height 32mm yang lebih tinggi, kasut UA HOVR Mega 2 Clone ini sesuai untuk pelari yang inginkan perlindungan dan sokongan maksimum untuk larian berjarak jauh.

Direkacipta untuk sensasi “zero-gravity” dan pulangan tenaga yang mantap, HOVR Mega 2 Clone menampilkan midsole HOVR dengan ukuran tumit dan kaki hadapan yang lebih lebar untuk memberikan sensasi empuk berkusyen. Dengan adanya bahagian foam UA HOVR yang terdedah di zon tekanan iaitu bahagian tengah dan hadapan kasut, kasut adalah lebih responsif untuk menghasilkan sensasi peralihan landing to toe-off yang amat lancar.

Dilitupi Energy Web yang dinamik, UA HOVR foam direkacipta untuk melindungi kaki daripada impak hentakan kaki semasa mendarat serta menghasilkan pergerakan yang lebih lancar dan stabil.

2) Teknologi UA Clone baharu untuk bahagian Upper

Selepas berjaya ditampilkan di dalam kasut bola sepak Amerika, teknologi UA Clone ini membuat kemunculan buat julung kali di dalam kasut lari UA HOVR Mega 2 Clone. Ia merupakan kasut lari pertama Under Armour yang menawarkan padanan yang sempurna – 1:1 personalized fit di mana teknologi UA Clone akan melentur dan menyesuaikan bentuknya dengan anatomi kaki dalam setiap langkah. Bahagian upper ini akan mendakap kaki dan menstabilkan kedudukannya di bahagian tengah kasut untuk larian yang lebih lancar.

Bahan UA Clone di bahagian upper boleh mengadaptasi mengikut bentuk kaki dan pergerakan untuk memberikan padanan yang lebih sempurna.

Corak geometri di struktur rajutan UA Clone menjadi lebih kuat apabila diregang, menjadi lebih tebal di bahagian yang bersudut tegak dengan tenaga yang dikenakan. Ciri yang fleksibel dan “auxetic” bahan ini akan mendakap kaki untuk memberikan padanan atau fit yang sempurna, tanpa mengira saiz. Ia juga dapat mencegah “hot spots” atau bahagian kulit yang melecet akibat geseran yang berulang-ulang semasa larian.

3) Stabil dan Selesa

Keselesaan menjadi ciri keutamaan dalam reka cipta kasut, HOVR Mega 2 Clone menampilkan kolar tumit yang berkusyen yang melindungi bahagian achilles daripada melecet.

Kasut HOVR Mega 2 Clone juga menampilkan rim yang diperkukuhkan untuk meningkatkan daya kusyen dan pulangan tenaga. Rim memberikan struktur kepada kasut dan membantu pergerakan kaki agar lebih lancar.

Heel counter di bahagian belakang kasut mengunci tumit di kedudukan asal dan memacu pergerakan kaki untuk langkah larian yang lebih efisien.

Pelapik stokin 3D dengan ketebalan 6mm diperbuat daripada PU akan memberikan daya kusyen untuk keselesaan tambahan.

4) Tapak tahan lebih lama

Tapak luar yang diperbuat daripada getah yang diproses secara suntikan udara memberi daya kusyen yang maksimum dengan berat yang minimum.

Bahagian-bahagian yang mengalami impak yang tinggi atau mudah haus di tapak luar kasut ini diperkuatkan dengan getah karbon agar tahan lebih lama manakala bahagian foam yang terdedah membolehkan transisi tumit ke jari kaki menjadi yang lancar. Dengan ini, anda tidak perlu risau untuk berlari lebih jauh dan lebih lama!  

5) 7% lebih laju & 3% lebih jauh

Dengan adanya ketersalinghubungan di antara kasut dan aplikasi UA MapMyRun™, anda boleh mendapatkan maklum balas dan panduan Form Coaching secara langsung berdasarkan bacaan cadence, pace, dan stride anda ketika berlari. Cip pengesan yang tertanam di dalam tapak kasut mengumpul dan menganalisa data metriks larian. Data yang terkumpul ini boleh digunakan untuk memperbaiki cara larian dan meningkatkan prestasi anda. Ia telah terbukti bahawa pengguna yang menggunakan fungsi Form Coaching UA MapMyRun, mendapat keputusan larian 7% lebih laju dan 3% lebih jauh. (berdasarkan kajiselidik data UA Connected 2020 yang melibatkan 86,887 pelari)

Kasut UA HOVR Mega 2 Clone kini berada di pasaran dengan harga RM599 sepasang dan boleh didapati di https://www.underarmour.com.my/en-my/hovr-mega/

Spesifikasi HOVR MEGA 2 CLONE:

Neutral
Berat: Lelaki: 10.9oz / Wanita: 9.1oz
Stack height: 32 mm Heel / 24 mm Forefoot
Offset: 8mm

Check Also

Diganggu Penunggu Presint 18, Putrajaya? Pelari Kongsi Kisah Seram Ketika Berjoging

Share this on WhatsApp Gambar hiasan Pernahkah anda mengalami insiden yang menyeramkan ketika berlari di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!