Home / Artikel Menarik / ON YOUR MARK – 10 Fakta Menarik Dari Filem Bertemakan Marathon Arahan Pengarah Malaysia, Chiu Keng Guan

ON YOUR MARK – 10 Fakta Menarik Dari Filem Bertemakan Marathon Arahan Pengarah Malaysia, Chiu Keng Guan

Jarang-jarang kita dapat menonton filem yang bertemakan marathon, apatah lagi sebuah filem yang dihasilkan oleh pengarah Malaysia. Pengarah filem yang cukup disegani ramai, Chiu Keng Guan dilihat berjaya mencipta fenomena sekali lagi apabila karya terbarunya, On Your Mark yang sedang rancak ditayangkan di Astro First.

Pengarah On Yor Mark – Chiu Keng Guan

Jom kita baca fakta-fakta menarik tentang filem On Your Mark dan pengarahnya, Chiu Keng Guan.

1. On You Mark yang baru sahaja ditayangkan di negara China telah meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM8.7 juta (RMB 13.65 juta) hanya pada hari pertama filem tersebut ditayangkan di lebih 9 ribu buah pawagam. Lebih membanggakan, kutipan positif di hari pertama itu juga meletakkan filem ini di tangga no 1 carta filem terkini di China. Secara keseluruhan sehingga ke 20 Jun, filem On Your Mark telah raih hampir RM24 juta (RMB 37 juta).

2. Untuk memerasai sendiri pengalaman berlari, Pengarah Chiu telah mengambil bahagian dalam acara half marathon sebelum mengarah filem ini. Beliau sangat ‘respect” kepada pelari marathon kerana mereka harus mempunyai disiplin yang tinggi untuk menghadapai cabaran menamatkan larian sejauh 42km.

3. Setiap babak pula digerakkan dengan begitu baik oleh pelakon-pelakon hebat China seperti Wang Yanhui (Pelakon Pembantu Terbaik di 8th Chinese Film Media Awards), Zhang Youhao (pemenang ‘most media-focused new actor’ di Film Channel Media Award of the 23rd Shanghai International Film Festival 2020), Gong Beibi (Pelakon Wanita Terbaik di Beijing Youth Film Festival 2017), Li Xiaopang, He Nan (Top Ten Rising Stars of the Year di 3rd Golden Shark Awards), Zhao Liang (pemenang untuk Twelfth Chinese Drama Award Plum Blossom Performance Award), Li Yu (pemenang Pelakon Paling Berpengaruh menerusi Film Competition of the 1st Duyun Film dan TV Festival pada 2019), Liu Jinshan (pemenang untuk most mediafocused supporting actor award di the 22nd Shanghai International Film Festival Film Channel Media Awards 2019) dan penampilan istimewa oleh pelakon filem The Last Tycoon, Feng Wenjuan (pemenang untuk Annual Supporting Actress Award di 1st Hainan Island International Film Festival pada 2018).

4. Filem ini menampilkan banyak pemandangan yang indah di Sichuan dan filemkan di Chongjing, negara China. Penggambaran telah selesai sebelum pandemik Covid-19 melanda.

5. Penglibatan Pengarah Chiu dalam filem ini bermula ketika tahun 2016 ketika filem OlaBola ditayangkan di Festival Filem Shanghai. Penerbit filem On Your Mark datang berjumpa dengannya dan berkongsi info filem ini, lalu memberi peluang untuk beliau mengarahkan filem ini.

6. Pengarah Chiu pernah dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik melalui filem Great Day di Golden Wau Awards 2013 serta diberi pengiktirafan oleh Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) atas sumbangannya terhadap industri filem tempatan. Di samping itu, turut memenangi Pengarah Terbaik untuk The Journey di Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2014. Sehingga 2021, dua filem beliau iaitu The Journey dan OlaBola tersenarai dalam Top 15 kutipan filem tertinggi di Malaysia.

7. Filem arahan Pengarah Chiu yang terdahulu OlaBola (2016) filem no. 1 Malaysia genre drama tahun 2016 dengan kutipan tertinggi sebanyak RM16.6 juta; The Journey (2014) ‘Filem Terbaik (Non-Malay)’ di Festival Filem Malaysia ke-27 dan filem pertama dalam sejarah perfileman Malaysia yang menembusi kutipan tertinggi sebanyak RM17.28 juta; Think Big Big (2018) berjaya menembusi pawagam di negara China dan menjadi filem Malaysia yang mendapat tayangan terbesar menerusi 10,900 pawagam dengan 60,079 tayangan; Great Day (2011) dinobatkan sebagai Filem Bukan Di Dalam Bahasa Melayu Terbaik di Festival Filem Malaysia 2011; Woohoo! (2010) pecah rekod box office bagi filem Malaysia, berbahasa Cina dengan meraih kutipan RM4.2 juta pada tahun 2009.

8. Babak-babak penuh emosi juga turut dipadatkan dengan iringan muzik dan lagu rasmi filem bertajuk ‘My World Changes Because of You’ nyanyian pelakon utamanya, Wang Yanhui and Zhang Youhao.

9. Babak kemuncak yang menampilkan sebuah marathon telah difilemkan dalam masa lapan hari dengan 9,000 pelakon tambahan. Cabaran memang sukar berbanding dengan Ola Bola yang hanya berkisar di padang bola. Persediaan untuk shooting dimulakan seawal pukul 3 pagi untuk set-up, menutup jalan, solekan dan sebagainya.

10. Mesej utama dari Pengarah Chiu yang ingin sampaikan dalam filem ini adalah pengorbanan dan semangat yang beliau percaya ia amat dekat dengan kita semua.

SINOPSIS:
Ia mengisahkan tentang seorang anak muda, Xiao Erdong bercita-cita untuk menjadi pelari marathon seperti ibunya. Namun, cita-citanya dihalang oleh ayahnya Xiao Daming kerana tidak mahu melihat anaknya kecewa mengenangkan Xio Erdong berkemungkinan mewarisi sindrom buta seperti ibunya yang telah meninggal dunia. Namun, Xiao Erdong curi-curi melihat dan berlatih diluar padang tanpa pengetahuan ayahnya. Bagi melayakkan diri dalam pertandingan, Xio Erdong telah terjatuh dan mimpi ngeri ayahnya menjadi keyataan apabila Xio Erdong disahkan buta.


Saksikan filem hebat On Your Mark yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 26 Ogos 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

Check Also

Diganggu Penunggu Presint 18, Putrajaya? Pelari Kongsi Kisah Seram Ketika Berjoging

Share this on WhatsApp Gambar hiasan Pernahkah anda mengalami insiden yang menyeramkan ketika berlari di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!