Home / Berita Terkini / ALEKSANDR SOROKIN Pecahkan Rekod Dunia Larian 24 Jam dengan Jarak 309.4km

ALEKSANDR SOROKIN Pecahkan Rekod Dunia Larian 24 Jam dengan Jarak 309.4km

Pelari ultra Aleksandr Sorokin dari Lithuania telah memecahkan rekod larian 24 jam yang dipegang oleh pelari lagenda Greek, Yiannis Kouros sejak tahun 1997. Sorokin telah mencapai larian sejauh 309.4km (keputusan tidak rasmi) dengan pace purata 4:39/km pada 28 – 29 Ogsos 2021 di UltraPark Weekend di Poland seterusnya mengatasi rekod Kouros 303.5 kilometer.


Umur Kouros ketika beliau mencipta rekodnya adalah 41.6 tahun manakala Sorokin berumur 39.9 tahun. Sorokin baru sahaja mencecah usia 16 ahun ketika rekod dunia Kouros dicipta dalam tahun 1997!


Menurut laman FB penganjur The UltraPark Weekend 24 Hour, acara tersebut telah berlangsung di Wolności Park di Pabianice, Poland. Laluan adalah rata dan berturap tar dengan jarak 1.7km satu pusingan.

Pada bulan April tahun ini, Sorokin telah mencipta rekod dunia dalam acara 150-kilometer, 12-jam, dan 100-batu di sebuah acara di England. Beliau juga adalah juara bertahan IAU 24-jam selepas memenangi edisi 2019 dengan catatan jarak 278.972 kilometer.


Aleksandr atau lebih mesra dengan panggilan Sania, bekerja di sebuah kasino sebagai dealer dan meluangkan masa lapang dengan permainan computer seperti Dark Souls, Bloodborne, dan Sekiro.

Menurut Sorokin dalam satu temuramah iRunFar: Sukan kegemaran saya ketika muda adalah berkayak. Pencapaian saya amat bagus tetapi saya mengalami kecederaan dan terpaksa berundur daru sukan tersebut. Kemudian, saya terbabit dengan penggunaan alkohol, rokok dan pemakanan yang tidak terkawal. Berat saya mencecah 100 kilogram! Satu hari, terdetik hati saya untuk mengatakan CUKUP! Saya perlu lakukan sesuatu! Saya berhenti pengambilan alkohol dan merokok, dan mula berlari. Pada bulan April 2012, saya berjaya menamatkan acara half marathon! Saya ternampak sehelai iklan untuk acara 100 kilometer di atas tanah. Saya terus menyahut cabaran tersebut dan begitulah kisah permulaan saya di dunia larian ultra!

Nutrisi yang disediakan untuk acara Larian 24 Jam


Jadual latihan Sorokin: Saya berlatih dua kali dalam satu hari – satu latihan utama dan satu lagi latihan pemulihan (restorative). Dalam seminggu, saya melalukan dua sesi pecutan dan satu larian jauh (long run). Dalam latihan utama, saya berlari 260 kilometers setiap minggu. Larian jauh saya berjarak 50 kilometer. Untuk sesi pecutan, saya melakukan larian interval 800 – 3,000m.


Pencapaian Aleksandr Sorokin dalam bidang ultrarunning:


2017 Juara SPARTATHLON
2019 Juara IAU 24 Jam
2021 Pemegang Rekod Dunia Larian 150 km – 10:27:48
2021 Pemegang Rekod Dunia Larian 100 Batu – 11:14:56
2021 Pemegang Rekod Dunia Larian 12 Jam – 170.309 km
2021 Pemegang Rekod Dunia Larian 24 Jam – 309.4km

Sumber:
FB Ultrarunner Aleksandr Sorokin: https://www.facebook.com/saniasorokinultra/
FB UltraPark Weekend 24 Hour https://www.facebook.com/UltraParkWeekend
UltraRunning Magazine
iRunFar.com
IRun4Ultra
Runner’s World
IAU – International Association of Ultrarunners

Check Also

Uji Had Kecergasan Anda di UNDER ARMOUR COMBINE

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 20 September 2024 – Under Armour mengumumkan kembalinya UA …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!