Home / Berita Terkini / Senarai Pemenang Acara Marathon Paralimpik Tokyo 2020

Senarai Pemenang Acara Marathon Paralimpik Tokyo 2020

Pingat emas terakhir di Temasya Paralimpik Tokyo 2020 telah dimenangi Michishita Misato, 44. Pelari marathon cacat penglihatan T12 ini telah mencatatkan masa 3 jam 50 saat dalam acara Marathon Wanita bagi kelas T12. Beliau juga telah merealisasikan impian emasnya di Tokyo setelah memenangi pingat perak di Temasya Paralimpik Rio de Janeiro 2016.

Michishita Misato

Beliau telah dibantu oleh pelari pembantu Jun Shida dan Yuka Aoyama. Pelari cacat penglihatan ini terkenal kerana sentiasa mengukirkan senyuman dan bakal menyertai Boston Marathon di Amerika Syarikat bulan depan.

Elena Pautova dari Rusia memenangi pingat perak dan diikuti oleh Louzanne Coetzee dari South Africa untuk pingat gangsa dalam kategori ini.

El Amin Chentouf mendahului peserta-peserta lain

Dalam acara Marathon Lelaki kelas T12, El Amin Chentouf dari Morocco berjaya mempertahankan kejuaraannya dan mencatatkan masa 2:21:43, sebuah rekod baharu Paralimpik. Pingat perak dimenangi Jaryd Clifford dari Australia dan Tadashi Horikoshi dari negara tuan rumah mendapat pingat gangsa dalam kategori ini

Li Chaoyan

Dalam acara Marathon Lelaki kelas T46 (pelari dengan kekurangan anggota tangan), Li Chaoyan dari China telah menggondol pingat emas dengan rekod Paralimpik 2:25:50, Alex Douglas Pires da Silva dari Brazil pingat perak dan Tsutomu Nagata dari Jepun membawa pulang pingat gangsa.

Madison de Rozario

Dalam Marathon Wanita T54 (kerusi roda) Madison de Rozario dari Australia telah memenangi pingat emas yang kedua baginya di Tokyo 2020 dengan catatan masa  1:38:11, seterusnya memecahkan rekod Paralimpik. Beliau turut memenangi pingat emas dalam acara Lelaki 800m (T53). Pingat perak dimenangi oleh Manuela Schär dari Switzerland manakala gangsa oleh Nikita den Boer dari The Netherlands.

Marcel Hug

“Silver Bullet” Marcel Hug dari Switzerland mempertahankan kejuaraannya dari Rio 2016 dalam Marathon Lelaki T54 (kerusi Roda) dengan memenangi pingat keempat di Tokyo 2020 dan kedua belas pada keseluruhan Temasya Paralimpik yang disertainya. Beliau mencatatkan masa 1:24:02. Hug turut memenangi acara Lelaki 800m (T54), Lelaki 1500m (T54) dan Lelaki 5000m (T54) di Tokyo 2020.

Pingat perak dimenangi oleh Zhang Yong dari China dan Daniel Romanchuk dari Amerika Syarikat meraih pingat gangsa dalam kategori ini.

Acara Marathon Olimpik telah dipindahkan ke Sapporo untuk mengelakkan cuaca panas di Tokyo di awal bulan Ogos, tetapi kesemua lima acara Marathon Paralimpik telah dikekalkan di Tokyo yang mengalami cuaca yang basah dan dingin awal pagi tadi. Laluan acara marathon ini melalui pelbagai mercu tanda ikonik seperti Kuil Zojoji, Menara Tokyo Tower dan Istana Imperial.

Sumber: https://olympics.com/tokyo-2020/en/paralympics/

Foto: FB World Para Athletics

Check Also

SHOKZ Lancar Fon Kepala OPENRUN PRO2 dengan Teknologi DualPitch™

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, Malaysia, 23 September 2024 – Jenama elektronik pengguna terkemuka …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!