Bangkok, November 2017 – Standard Chartered KL Marathon (SCKLM) menempa nama sebagai acara sukan terulung di Malaysia dengan menggondol dua anugerah dalam acara tahunan SPIA – Anugerah dan Persidangan Industri Sukan Asia (Asia’s Sports Industry Awards and Conference) yang dianjurkan baru-baru ini. Dirigo Events, pemilik dan penganjur SCKLM, memenangi Anugerah Perak dalam Acara Sukan Penyertaan Beramai-ramai Terbaik (Best Mass Participation Event) dan rakan teknologi SCKLM, MYLAPS mengunguli anugerah emas sebagai Platform Sukan Digital Terbaik (Best Sports Digital Platform) untuk aplikasi SCKLM.
SCKLM2018 yang merupakan edisi ulang tahun ke-10 telah mencipta rekod penyertaan terbesar di mana 38,000 pelari telah mengambil bahagian dalam acara dua hari tersebut. Daripada jumlah tersebut lebih 1,700 peserta adalah pelancong luar negara yang turut menyumbangkan kepada pendapatan negara dalam sektor pelancongan. Dengan penyertaan lebih 70 kenegaraan, SCKLM adalah sebuah acara penyertaan beramai-ramai yang inklusif.
Aplikasi SCKLM telah dibangunkan oleh MYLAPS dan dilancarkan untuk SCKLM2016. Sejak pelancarannya, aplikasi tersebut telah dimuat-turun sebanyak 39,609 kali dan muncul sebagai aplikasi yang paling banyak dimuat-turun di App Store dan Google Play pada 7 & 8 April, dengan 2,408,576 paparan.
Tahniah #jomkitalari ucapkan kepada Standard Chartered KL Marathon. Tarikh SCKLM 2019 bakal diumumkan minggu hadapan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.kl-marathon.com/