Home / Berita Terkini / Sambutan Tahun Baru 2017 Dimulakan Dengan Larian Penuh Keriangan di MDCC!

Sambutan Tahun Baru 2017 Dimulakan Dengan Larian Penuh Keriangan di MDCC!

photo-1

PETALING JAYA, 9 January 2017 – Ribuan pengunjung memenuhi Mutiara Damansara Commercial Centre (MDCC) untuk mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2016 dan mengalu-alukan kehadiran 2017 dengan menikmati pelbagai sajian enak, muzik yang menghiburkan dan pelbagai acara penuh riang-ria!

MDCC, yang merangkumi eCurve, the Curve dan IPC Shopping Centre, telah menganjurkan acara tahunan bagi sambutan Tahun Baru yang bertemakan ‘Permulaan Baharu untuk 2017’ yang disertakan dengan pelbagai aktiviti menarik. Pada sambutan tersebut, orang ramai berpeluang menikmati suasana penuh kemeriahan yang bermula dari awal petang sebelum Tahun Baru dan berlangsung sehingga tengah malam.

photo-2

Sambutan dimulakan dengan acara larian “Dress & Dash” yang dianjurkan buat tahun ketiga berturut-turut setelah menerima penyertaan yang memberangsangkan. Para peserta dapat dilihat mengenakan kostum paling kreatif dan luar biasa sambil berlari ke garisan penamat bersama keluarga dan rakan-rakan mereka.

Usai larian santai dan bagi memeriahkan malam pesta, penyanyi dan penulis lirik yang meningkat naik, NYK mendendangkan lagu-lagu R&B dan Soul dengan gayanya yang tersendiri. Beliau memberikan persembahan yang menarik dan penuh berkarisma menerusi nyanyian semula lagu 24K Magic oleh Bruno Mars dan Take On Me oleh A-ha selain menyanyikan lagu-lagu karya beliau sendiri termasuk FWB dan Forgive yang menghiburkan hati penonton. Persembahan diteruskan dengan Nadia, artis pop yang dikenali ramai setelah dipilih sebagai finalis program realiti, Akademi Fantasia. Beliau berjaya membuatkan penonton menari dan menyanyi bersama-sama dengan lagu Gemilang, Bintang Kehidupan, Dia dan Set Fire to the Rain.

photo-5

Malam yang menghiburkan diteruskan lagi apabila penyanyi, Eunice Hoo pula memberikan persembahan yang mempersonakan, penuh dengan alunan melodi yang merdu. Beliau mempersembahkan nyanyian lagu sendiri dan nyanyian semula lagu-lagu popular seperti Andersen, Can You Be Mine Now dan Put Your Records On yang membuatkan pengunjung terpesona dan terhibur. Pada umur 20 tahun, Eunice sudahpun mempunyai tiga album dan persembahannya pada malam itu sudah pasti akan menambat peminat-peminat baru.

photo-7

Para penonton dihiburkan pula dengan persembahan Suki Low, pemenang pertandingan One in a Million. Sebagai penyanyi kemuncak pada malam itu, penonton dihiburkan dengan vokal pop rock milik Suki yang mendendangkan lagu Untuk Kamu, Girl on Fire dan Don’t Stop Believing. Pastinya ia cara yang sempurna untuk meraikan kehadiran Tahun Baru!

photo-8

Langit di MDCC disinari dengan percikan bunga api tepat pada pukul 12 tengah malam, secara rasmi menandakan bermulanya Tahun Baru dan menjadikan MDCC antara lokasi yang terbaik untuk melihat persembahan bunga api. Keindahahan persembahan bunga api sudah tentu mempersonakan para pengunjung.

Pengurus Besar the Curve, Jazmi Kamarudin berkata, “Terdapat banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang 365 hari ini dan dengan labuhnya tirai tahun 2016, kami amat teruja kerana sekali lagi berpeluang untuk meraikan sambutan tahun baru bersama para pengunjung. Semoga keseronokan dan keraian yang dinikmati hari ini menjadikan permulaan tahun 2017 yang baik untuk semua pengunjung kami. Kami mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua!”

Sementara itu, Pengurus Kompleks eCurve, Azizul Hisham berkata, “Malam ini mempersembahkan satu temasya yang penuh dengan keseronokan, keriangan dan gelak tawa. Ia sesuatu yang menggembirakan apabila dapat melihat orang ramai menikmati persembahan menarik yang disediakan oleh bakat-bakat tempatan. Daripada kami di MDCC, selamat menyambut tahun yang penuh bermakna kepada semua!”

photo-9

Loh Long Chiang, Pengurus Besar IPC Shopping Centre menambah, “Ini merupakan tahun pertama kami menyediakan trak makanan bagi sambutan Tahun Baru ikonik MDCC dan tiada cara yang lebih baik untuk menyambut kedatangan 2017 selain dengan penyediaan makanan, muzik dan tentunya, kehadiran insan tersayang. Sambutan hari ini telah dipenuhi dengan memori-memori indah dan semoga 2017 menjadi tahun yang menggembirakan untuk kita!”

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan the Curve di talian  03-7710 6868 atau  03-7725 0277 untuk eCurve dan 03-7720 7333 bagi Pusat Beli-Belah IPC.

Check Also

Diganggu Penunggu Presint 18, Putrajaya? Pelari Kongsi Kisah Seram Ketika Berjoging

Share this on WhatsApp Gambar hiasan Pernahkah anda mengalami insiden yang menyeramkan ketika berlari di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!