Home / Berita Terkini / Men’s Health Women’s Health Night Run by AIA Vitality Berakhir di Puteri Harbour, Johor

Men’s Health Women’s Health Night Run by AIA Vitality Berakhir di Puteri Harbour, Johor

mhwhnr-picture-6

Puteri Harbour, 7 Januari 2017 – Bermula dengan 6,000 pelari di Pulau Pinang (2 April 2016) sebelum dianjurkan buat kali kedua dengan 15,000 pelari di Putrajaya (30 Julai 2016), siri larian Men’s Health Women’s Health Night Run (MHWHNR) by AIA Vitality berakhir di Puteri Harbour, Johor pada 7 Januari 2017. Lebih 5,000 pelari mengambil bahagian dalam siri ketiga Men’s Health Women’s Health Night Run by AIA Vitality yang mencabar para peserta dengan jarak larian 5km, 12km atau 21km.

mhwhnr-picture-10

“Kami berharap dengan gandingan bersama penaja utama, AIA Vitality dapat mencapai misi untuk meningkatkan gaya hidup yang sihat di kalangan rakyat Malaysia. Sokongan yang kami terima dari ketiga-tiga lokasi amat menggalakkan dan siri ini ditamatkan dengan jayanya di Puteri Harbour, Johor. Para pelari yang berjaya menamatkan ketiga-tiga larian membawa pulang pingat penamat ‘trifecta’ yang unik,” kata Patrick Brennan, CEO Kumpulan Mongoose Asia.

mhwhnr-picture-18

Darshini M.Nathan, Ketua Komunikasi Korporat AIA Bhd. berkata, “Sebagai syarikat insurans hayat utama Malaysia, kami ingin memainkan peranan yang aktif dalam memperkasakan rakyat Malaysia untuk mengambil berat tentang kesihatan mereka. Sebagai penaja utama, kami merasa seronok melihat orang ramai menyertai larian tersebut dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.”

Pemenang pertama, kedua dan ketiga dalam kategori 12km dan 21km membawa pulang pingat dan hadiah bernilai RM 2618, RM1379 dan RM 1129 setiap satu.

mhwhnr-picture-3

Mohd Jironi Riduan, 30, seorang guru pendidikan jasmani yang berasal dari Johor, merangkul tempat pertama kategori 21km Lelaki Terbuka dengan catatan masa 1 jam, 15 minit dan 28 saat.

“Saya tidak sangka untuk menang hari ini. Saya cuma menikmati larian sahaja. Saya amat gembira dengan catatan masa kemenangan saya. Walaupun tidak memecahkan rekod peribadi saya, ia masih menjadi permulaan yang baik untuk tahun,” kata Mohd Jironi.

Pemenang tempat pertama kategori 21km Wanita Terbuka, Ung Socheata, seorang rakyat Cambodia yang menetap di Singapura berkata, “Saya berlari dengan kelajuan 5 minit per kilometer. Kelembapan yang tinggi mnejadi cabaran utama saya tetapi saya gembira dapat menamatkan larian dalam masa 1 jam, 49 minit dan 2 saat. Tambahan pula, pihak penganjur telah berjaya melangsungkan acara dengan berjaya dan saya harap lebih banyak acara seperti ini di masa akan datang.”

“Saya amat teruja dengan kemenangan saya. Anak perempuan saya juga mengambil bahagian dalam acara jarak 12km. Saya gembira dapat menamatkan ketiga-tiga acara dalam siri larian,” ujar Susan Khoo, pemenang kategori 12km Wanita Veteran. Dia berasal dari England dan telah menetap 25 tahun di Subang Jaya.

Selain daripada AIA Vitality, acara larian ini juga ditaja oleh Ultron, Petron, Fitness First, Adidas, Optimax, Philips, Appeton, Tender Soft, Lucozade, Clear, Grab, Puteri Harbour dan Hotel Jen Puteri Harbour. Satu klinik larian telah dianjurkan pada 10 Disember di Puteri Harbour untuk membantu peserta membuat persiapan bagi acara tersebut yang diketuai oleh Edan Syah, seorang pelari marathon Malaysia terpantas dan duta Fitness First.

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!