Kuala Lumpur, 17 Julai 2017 – Berjaya Times Square telah dibanjiri lebih 2,000 pelari untuk acara ROASTERS Chicken Run (RCR) ke-13 yang dianjurkan oleh Kenny Rogers ROASTERS (KRR).
Suasana di tapak larian dihangatkan oleh sesi memanaskan badan oleh Sports Toto Fitness sebelum para pelari dilepaskan dalam kategori masing-masing.
“Kembali untuk kali ke-13, kami amat teruja dengan sambutan yang berterusan daripada orang ramai. RCR adalah salah satu acara utama dalam calendar kerana ia selaras dengan matlamat kami untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan juga membolehkan kami berbakti kepada komuniti dengan membantu badab-badan kebajikan seperti Food Aid Foundation,” kata Sydney Quays, Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Food Berhad.
“Sebahagian besar daripada dana yang diraih di dalam acara ini akan disalurkan sebagai makanan yang berkhasiat untuk golongan yang memerlukan menerusi Food Aid Foundation. Kami telah memberi sumbangan kepada 35 badan kebajikan dan memberi sejumlah 3,340 hidangan KRR di dalam tempoh Julai 2015 sehingga Mac 2017,” tambah Sydney
Dana yang dikumpul melalui acara ROASTERS Chicken Run 2017 akan digunakan untuk memberi lebih 2,000 set hidangan Kenny’s Chicken Meals melalui Food Aid Foundation kepada kira-kira 20 rumah kebajikan untuk kanak-kanak atau golongan tua. Baki dana akan digunakan untuk membeli barangan keperluan harian dan juga disokong oleh Food Aid Foundation.
Food Aid Foundation adalah sebuah badan tidak berasaskan keuntungan yang beroperasi sebagai food bank yang memberikan makanan asas kepada rumah-rumah kebajikan, pusat pemulihan, pusat pengagihan makanan dan fakir miskin.
“Dalam tiga tahun berkerjasama dengan KRR, kami merasa tersentuh oleh KRR yang begitu murah hati dalam membantu lebih ramai orang yang memerlukan dengan pemberian makanan yang berkhasiat,” ujar Rick Chee, Pengasas Food Aid Foundation.
Acara ROASTERS Chicken Run 2017 dianjurkan bersama oleh Berjaya Times Square, Berjaya Time Square Theme Park bersama Ultron. Antara penaja-penaja lain adalah 100 Plus, Berjaya Hotels & Resorts, Campbell’s, Cosway, Kenanga Investment Bank, Milo, Nestle, RockTape, Salonpas, Sports Toto Fitness Centre, Starbucks, Super Asia (SAE), Unilever, dan Watsons.
Pemenang-pemenang Roasters Chicken Run 2017:
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-2119 9888 atau layari www.krr.com.my atau www.facebook.com/krrmalaysia.