Kuala Lumpur, 16 Julai 2017 – Under Armour, jenama pakaian sukan berprestasi tinggi dengan kerjasama komuniti larian KLCC Runners, telah menganjurkan larian belon sejauh 5KM dan 7KM buat kali kedua. Seramai lebih 1,500 runners pelari telah mengambil bahagian dalam larian tersebut di tengah Kuala Lumpur sempena KL Car Free Morning atau Pagi Bebas Kenderaan KL. Di samping sesi memanaskan badan, kudapan percuma dan aktiviti penaja, pelari-pelari juga dapat mencuba kasut larian terbaru Under Armour iaitu Bandit 3, kasut yang versatil, ringan untuk kegunaan harian. Majlis turut dimeriahkan oleh duta-duta Under Armour seperti Kit Mah, Nana al Haleq dan Linora Low serta atlet Sukan SEA Games seperti Mohd Irfan Shamsuddin dan Zaidatul Husniah.
Jom kita lihat gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa larian tersebut.
Untuk melihat lebih banyak foto Larian Belon UA, sila klik DI SINI.