Kuala Lumpur, Jun 2017 – Acara ROASTERS Chicken Run (RCR) anjuran Kenny Rogers ROASTERS (KRR) bakal kembali buat kali ke-13. Larian tahunan ini akan berlangsung di Berjaya Times Square pada 16 Julai July 2017 (Ahad) mulai pukul 7:00pagi. Jarak larian adalah 5km (13 tahun ke atas) dan 2km (kanak-kanak berumur 7 – 12 tahun).
Perbezaan utama acara ini dengan larian lain adalah peserta harus menamatkan larian dengan mengimbang sebiji telur di atas sebiji kon tanpa memecahkan telur tersebut untuk memenangi hadiah-hadiah menarik yang disediakan.
“Hasil daripada pendaftaran RCR akan disalurkan kepada Food Aid Foundation, sebuah yayasan yang menyumbangkan makanan asas kepada rumah-rumah kebajikan di serata Malaysia termasuk pusat pemulihan dan pusat mengagihan makanan dan juga keluarga miskin, ” kata Esther Woo, Pengurus Kanan Berjaya ROASTERS (M) Sdn. Bhd. & Pengerusi ROASTERS Chicken Run 2017.
“Kerjasama kami dengan Food Aid membolehkan kami mengumpul lebih banyak makanan yang diderma, berjumlah kira-kira RM 660,000 setakat hari ini. KRR merasa bangga dengan kerjasama dengan yayasan ini yang masuk tahun ketiga.,” tambahnya lagi.
Yuran penyertaan adalah RM 70 untuk dewasa dan RM 55 untuk kanak-kanak berumur 7 – 12 tahun. Para peserta bakal menerima “goodies” yang bernilai lebih RM100 termasuk kemeja-T eksklusif ROASTERS Chicken Run T-shirt, pas masuk Berjaya Times Square Theme Park, beg goodies, pingat penamat dan e-sijil!
ROASTERS Chicken Run 2017 dianjurkan bersama oleh Berjaya Times Square, Berjaya Time Square Theme Park dengan Ultron sebagai penaja pakaian. Antara penaja-penaja lain adalah 100 Plus, RockTape, Salonpas, Nestle, Milo, Super Asia (SAE), Watsons, Sports Toto Fitness Centre, Cosway, Berjaya Hotels & Resorts, Starbucks, Unilever, dan Campbell’s.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.krr.com.my atau www.facebook.com/krrmalaysia.