Home / Berita Terkini / Kejuaraan Liga Ultra Malaysia untuk Eratkan Komuniti Ultramarathon Tempatan

Kejuaraan Liga Ultra Malaysia untuk Eratkan Komuniti Ultramarathon Tempatan

Malaysia Ultra League Championship logo
Kuala Lumpur, 2 June 2017 – Persatuan Pelari Ultra Malaysia/ The Malaysian Ultra Runners Association (MURA) melancarkan Kejuaraan Liga Ultra Malaysia/ Malaysia Ultra League Championship (MUL) dengan penaja utama Ultron di kedai Ultron, Glo Damansara hari ini.

Kejuaraan yang unik ini dianjurkan buat julung kali oleh MURA bagi mengeratkan lagi komuniti pelari ultra dan mendedahkan litar larian ultra Malaysia kepada pelari ultra tempatan dan antarabangsa.

Terbuka kepada pelari tempatan dan luar negara, liga ini mengambil kira semua acara perlumbaan ultramarathon tempatan yang telah ditetapkan. Semua pelari yang pernah menyertai acara larian tersebut akan diberikan mata kedudukan (ranking point) termasuk mata penyertaan (participation) dan juga mata penamat teratas (top finisher). Seramai 20 pelari lelaki dan wanita dengan mata kedudukan tertinggi akan diraikan di sebuah majlis Anugerah Gala pada akhir liga tersebut.

Menurut Presiden MURA, Encik Ng Seow Kong, 90% daripada perlumbaan ultra di Malaysia telah bersetuju dan komited untuk menyertai liga tersebut. MURA yakin penganjuran Kejuaraan Liga Ultra Malaysia akan mengangkat nama Malaysia ke persada larian ultra peringkat antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.mura.com.my

Check Also

Diganggu Penunggu Presint 18, Putrajaya? Pelari Kongsi Kisah Seram Ketika Berjoging

Share this on WhatsApp Gambar hiasan Pernahkah anda mengalami insiden yang menyeramkan ketika berlari di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!