Kuala Lumpur, 29 Mei 2017 – adidas dan Parley for the Oceans mengumumkan inisiatif global hasil gandingan kerjasama mereka dengan pelancaran adidas x Parley Run for the Oceans, satu acara global sempena sambutan minggu Hari Lautan Sedunia (World Oceans Day) dari 5th Jun -11th Jun.
Menggunakan semangat sukan sebagai pemangkin untuk perubahan positif, adidas, Parley for the Oceans dan Runtastic telah berganding tenaga untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan orang ramai untuk menyertai usaha menyelamatkan lautan. adidas x Parley Run for the Oceans akan bertindak untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya lautan melalui larian; mendidik para pelari untuk menyertai dan menyokong gerakan membersihkan lautan dengan mengambil bahagian dalam satu siri larian secara fizikal, digital dan audio.
Pada Hari Lautan Sedunia, lebih 500 pelari akan menakluki Bandaraya New York City di waktu malam dalam acara adidas x Parley Run for the Oceans.
Di Malaysia, orang ramai diseru untuk menjadi duta kepada lautan dengan menyertai gerakan global ini. Sertailah larian digital adidas x Parley Run for the Oceans di antara 5th Jun -11th Jun, bersama pelari-pelari virtual/ maya di serata dunia untuk menunjukkan komitmen anda terhadap kesejahteraan lautan, langkah demi langkah. Sesiapa yang mendaftar dan berlari pada minggu tersebut akan mengumpul jarak larian bersama pelari-pelari lain di dunia. Untuk mendaftar larian digital PERCUMA, sila klik di sini.
Para pelari boleh mendengar cerita khas melalui Runtastic, dan belajar mengenai ekosistem lautan yang rapuh, melalui Parley AIR strategy dan bagaimana mereka boleh menjadi sebahagian daripada solusi kepada isu-isu yang mengancam kesejahteran lautan kita.
Untuk menyertai gerakan global ini, sila layari dan mendaftar di adidas.com/runfortheoceans. Ikuti bicara maya di @adidasrunning di Instagram, Twitter dan Facebook menggunakan hashtag #adidasParley and #RunForTheOceans.
#jomkitalari