Home / Artikel Menarik / Reviu: SOUL Run Free Pro Bio – Jurulatih Dalam Telinga Anda

Reviu: SOUL Run Free Pro Bio – Jurulatih Dalam Telinga Anda

Jurulatih larian dalam telinga anda? Dengan fon telinga terbaru, RUN FREE PRO BIO daripada SOUL Electronics yang dilengkapi dengan teknologi real time voice coaching, anda boleh mendapatkan “khidmat” jurulatih untuk berlari dengan lebih efisien dan mengurangkan risiko kecederaan.

Fon telinga tanpa wayar dengan kecerdasan buatan (A.I) ini adalah yang pertama di dunia yang mempunyai fungsi jurulatih suara bagi memberikan arahan/ maklum balas tentang cara larian anda secara langsung (real time).

Dikuasakan oleh Beflex BiomechEngine®, RUN FREE PRO BIO dan apabila dipadankan dengan aplikasi SOUL FIT, RUN FREE PRO BIO menghimpun data Analisis GAIT dengan mengukur data dan membandingkannya dengan pelbagai parameter lain seperti sudut memiring dan simetri kepala, ayunan menegak, panjang, lebar serta rentak langkah, hentakan dan sebagainya.

Muka hadapan kotak pembungkus. SOUL RUN FREE PRO BIO

 

Bahagian belakang kotak pembungkus SOUL RUN FREE PRO BIO

 

Penutup kotak pembungkus dibuka, menunjukkan fon telinga di dalam tingkap lutsinar.

 

Fon Telinga SOUL RUN FREE PRO BIO dalam warna kelabu – POWER GREY. Ia juga boleh didapati dalam warna merah – PASSION RED

 

Fon Teinga didatangkan bersama bekas berzip berwarna hitam.

 

Unboxing – SOUL RUN FREE PRO BIO

 

Putik telinga yang berlainan saiz boleh ditukar-ganti untuk dipadankan dengan telinga si pemakai.

 

Putik telinga foam yang berlainan saiz untuk dipadankan dengan telinga si pemakai.

 

Ear locks – unjuran berbentuk sirip yang boleh dipasangkan ke fon telinga untuk kemasan yang lebih mantap ketika bersenam. Ia juga didatangkan dengan klip/ cabel manager.

 

Fon telinga boleh dilekatkan bersama dengan magnet yang terdapat di dalamnya. Ini dapat mengelakkan wayar berbelit ketika ia tidak digunakan.

 

Fon telinga dilengkapi dengan lampu keselamatan LED dan kabel yang boleh memantulkan cahaya (reflectif)

 

Kabel yang reflektif menambahkan ciri keselamatan si pemakai terutamanya di kawasan/ waktu yang kurang bercahaya.

 

Fon telinga yang mempunyai rekaan ergonomik memberikan keselesaan ketika dipakai. Ia juga tidak mudah tercabut walaupun ketika senaman yang berat. Kualiti bunyi adalah bagus dan memberikan kepuasan mendengar lagu-lagu kegemaran anda ketika bersenam/ berlari. Anda juga boleh menggunakan fon telinga ini ketika membuat/ menerima panggilan telefon.

 

Alat kawalan jauh: Suiz on/ off (tengah), pengawal kekuatan bunyi, butang untuk mnjawab telefon. Sila rujuk panduan penggunaan untuk maklumat lanjut.

 

Fon Telinga dicaj menggunakan kabel USB yang disertakan bersama. Masa untuk mengecas sepenuhnya adalah kira-kira 2 jam. Hayat bateri bergantung kepada cara penggunaan – kira-kira 11 jam untuk mainbalik muzik sahaja dan kira-kira 5 jam jika digunakan bersama Biomech Engine.

 

Fon telinga SOUL RUN FREE PRO BIO adalah kalis peluh dan dicuci dengan air untuk membuangkan kotoran. Sila rujuk cara yang betul dalam panduan penggunaan yang disertakan bersama. AWAS: Fon telinga ini tidak boleh dibawa berenang.

 

Proses “pairing” menggunakan Bluetooth adalah amat mudah. Anda hanya perlu mencari/ mengimbas SOUL RFB PRO menggunakan telefon pintar anda.

 

Sebelum anda boleh menggunakan fon telinga sebagai voice coach, anda perlu memuat turun aplikasi SOUL FIT app dari Apple App Store atau Google Play. Selepas anda memuat turun app SOUL FIT, anda harus membuat pairing dengan fon telinga anda. Untuk memaksimakan penggunaan app ini, anda harus input butiran yang lengkap seperti Umur, Berat Badan, Tinggi dan sebagainya ke dalam Setting. Aplikasi ini sangat mudah digunakan. Jika anda pernah menggunakan aplikasi berlari yang lain, cara penggunaan app SOUL FIT ini tidak jauh berbeza dan intuitif.

 

Parameter yang akan diukur oleh Voice Coaching. Anda boleh memilih kawalan dan sensitiviti untuk parameter tersebut dalam bahagian Setting.

 

Antara parameter yang direkodkan semasa larian. Anda juga boleh membuat reviu selepas larian dengan mudah.

 

Menngurangkan risiko kecederaan – aplikasi ini akan memantau langkah dan gegaran (shock) ketika larian.

 

Kesimpulan:

Fon telinga Soul Run Free Pro Bio adalah direka khas untuk para pelari. Ia adalah gajet 2 dalam 1 yang bagus untuk memberikan hiburan (muzik) dan juga maklumbalas tentang larian anda secara langsung.

Kualiti bunyi yang dihasilkan tidak mengecewakan. Dipadankan dengan aplikasi larian SOUL FIT, ia dapat merakam dan mengumpul data untuk dianalisa untuk meningkatkan lagi prestasi, effisiensi dan mengurangkan risiko kecederaan ketika berlari. Anda boleh menggunakannya di luar rumah atau di atas treadmill.

Apa yang dijanjikan oleh peranti SOUL Run Pro Bio ini dapat dikotakan.

 

SOUL Run Free Pro Bio boleh didapati dengan harga RM599 seunit sekarang di https://www.11street.my/store/soulelectronics

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!