Home / Berita Terkini / Kenyataan Rasmi JomRun tentang Insiden Kekecohan di Hari Tanpa Kenderaan Shah Alam Pagi 13 Jan 2019

Kenyataan Rasmi JomRun tentang Insiden Kekecohan di Hari Tanpa Kenderaan Shah Alam Pagi 13 Jan 2019

Kepada semua pelari,

JomRun ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada peserta yang telah menyertai acara ” Shah Alam Car Free Day” pada pagi ini. Kami telah menerima beberapa pertanyaan mengenai Riben Rambut dan pingat yang mana terdapat peserta yang tidak mendapat barangan tersebut.

Sesetengah pelari yang berjaya menamatkan larian ini berpendapat bahawa mereka boleh mendapatkan pingat meskipun tidak mempunyai Riben Rambut.Pihak kami tidak berkompromi dalam isu ini kerana hanya peserta yang mempunyai Riben Rambut tersebut dibenarkan untuk memperoleh pingat selepas acara larian.

Seorang peserta wanita telah memasuki khemah kami dan telah mengambil sebahagian pingat dan memberi kepada peserta lain yang berada di luar khemah tersebut. Kesemua peserta yang berada di hadapan khemah kami telah mengambil pingat secara rambang.

Berikutan kekecohan yang berlaku,kami telah mengarahkan kesemua krew yang berada disitu supaya beredar berikutan isu keselamatan.Pihak kami memohon maaf diatas insiden yang tidak diingini.Pihak kami akan berbincang dengan pihak penganjur (MBSA) supaya perkara sebegini tidak akan berulang dan penambah baikkan akan dilakukan untuk acara ini pada masa akan datang..

JomRun telah bersetuju untuk menjadi sukarelawan dan menaja pihak MBSA kerana melihat acara ini memberi makna yang mendalam terhadap peduduk di Shah Alam secara khusunya serta peserta yang luar dari Shah Alam secara amnya..

Pihak kami akan meneruskan usaha membantu dan menyokong usaha murni MBSA untuk membangunkan masyarakat melalui semangat kesukanan, gaya hidup sihat serta komuniti yang aktif.

Yi Hern,
JomRun

Sumber: https://www.facebook.com/events/391459058292915/permalink/395254827913338/

Foto: Facebook Sabariah Che Pauzi

Nota: JomRun adalah penaja/ sukarelawan yang membantu MBSA sebagai platform pendaftaran acara Hari Tanpa Kereta Shah Alam.

Nota: JomRun dan Jom Kita Lari adalah dua entiti yang berbeza. Kami adalah sebuah portal berita larian manakala JomRun adalah sebuah syarikat app larian, JomRun.

Check Also

10 Sebab Anda Harus Jadikan SUUNTO RACE S Sebagai Teman Berlatih, Berlumba & Recovery Anda!

Share this on WhatsApp Suunto baru-baru ini telah melancarkan Race S, versi lebih kecil dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!