ASICS, jenama pakaian sukan prestasi terunggul dari Jepun, hari ini melancarkan butik terkini di Pavilion, Kuala Lumpur. Dirasmikan oleh En. Akira-san, Pengurus Strategi Korporat Serantau, ASICS Asia dan En. Boon Tib Soom Nik, Pengurus Negara, ASICS Malaysia, butik seluas 2,360 kaki persegi ini menawarkan
pilihan produk yang lebih luas termasuk jenama gaya hidup dan fesyen jalanan (streetwear), ASICSTIGER yang menjadi permintaan di Malaysia.
“Kami teruja atas sokongan dan kepercayaan pelanggan serta peminat jenama ASICS di Malaysia. Misi kami adalah untuk terus berinovasi dan memberikan terbaik melalui pengalaman pelatih yang bertaraf tinggi, teknologi dan pelanggannya. ASICS sentiasa menjadi pendahulu dalam menyediakan pakaian sukan prestasi terbaik bagi pelari dan atlet, melalui ASICSTIGER, kami ingin memenuhi permintaan pemburu ‘sneaker’ pula dalam pasaran.” Kata En. Boon Tib Soom Nik, Pengurus Negara, ASICS MALAYSIA.
Semasa pelancaran, para jemputan berpeluang merasai pengalaman konsep kedai yang mudah diteroka dengan ruangan komuniti yang selesa disamping memperkenalkan teknologi proprietari ASICS; ASICS Motion ID/Foot ID. Teknologi ini membolehkan pelanggan menganalisis bentuk larian mereka dalam 3D dengan terperinci menggunakan laser dan kamera mikro. Secara tidak langsung, pelanggan dapat memiliki model kasut yang optimum seiring dengan prestasi mereka.
Antara kemuncak utama adalah pelancaran model ikonik GELNIMBUSTM yang ke-21, di samping menampilkan teknologi kusyen terkini ASICS; FLYTEFOAMTM PROPEL dan FLYTEFOAMTM LYTE.
Gabungan antara sains manusia dan teknologi terkini memberikan pelari jarak jauh keselesaan tiada tandingan agar mereka mampu berlari lebih jauh.
Majlis dimeriahkan dengan sesi bergambar bersama Duta ASICS, Edan Syah dan Aishah Sinclair dan selebriti lain seperti Ali Satar. Atlet Paralimpik negara merangkap Duta ASICS terkini, Muhamad Ziyad
Zolkefli yang memecah rekod dunia dalam acara lontar peluru lelaki F20 dengan dengan jarak jauh 17.29m pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London dan Mohamad Ridzuan Puzi yang dicalonkan Atlet Para Lelaki Terbaik 2018 turut hadir memeriahkan majlis.
Butik ASICS Pavilion KL terletak di Lot 5.19.00 & 5.20.00, Tingkat 5,
Pavilion Kuala Lumpur.
#ASICSMYLaunch #ASICSMalaysia #IMoveME
Untuk galeri foto Pembukaan Rasmi Butik ASICS, Pavilion KL, sila klik DI SINI.