Home / Berita Terkini / JOMRUN Taja WAI CHING ke LA VERTICALE DE LA TOUR EIFFEL

JOMRUN Taja WAI CHING ke LA VERTICALE DE LA TOUR EIFFEL

Kuala Lumpur, 12 Februari 2019 – Aplikasi larian tempatan “Jomrun” telah mengumumkan penajaan  syarikat tersebut kepada Soh Wai Ching – atlet pelari menara bertaraf dunia (taraf dunia no. 5) untuk menyertai acara larian menara, “LA VERTICALE DE LA TOUR EIFFEL” di kota Paris, Perancis.

Ini bukan kali pertama Wai Ching menyertai larian menara Eiffel tersebut.  Tidak merasa puas hati dengan kedudukan tempat ke-sembilan tahun lepas, Wai Ching bakal kembali dengan nekad untuk memperbaiki kedudukannya di kejuaraan dunia yang dijadualkan berlangsung pada 13 Mac 2019.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada JomRun yang tampil ke hadapan dan memberi bantuan kewangan untuk saya merealisasikan impian saya. Saya sangat menghargai pengiktirafan mereka terhadap pencapaian dan sumbangan saya dalam sukan ini. Dengan sokongan mereka, saya sekali lagi akan membawa bendera Malaysia ke puncak, dengan harapan dapat mencapai kedudukan lima teratas, ” jelas Soh Wai Ching.

Wai Ching mendapat perhatian media baru-baru ini apabila dia persoalkan jumlah tajaan USD 1 juta yang diminta oleh pelari solo Dr. Suwaibah untuk membiayai kos larian kemanusiaan 30 menaranya. Walaupun menduduki  ranking yang terbaik di Asia, Wai Ching meluahkan perasaan kecewa kerana dia sukar mendapatkan penaja dan pengiktirafan sebagai atlet kebangsaan oleh kerajaan.

Kegigihan Wai Ching yang terpaksa membiayai kos perjalanannya sendiri untuk bertanding di luar negara mendapat perhatian pengasas aplikasi JomRun, Chang Yi Hern.

“Dengan inisiatif Jomrun ini, saya berharap lebih banyak syarikat dan NGO akan bersama-sama memberi sokongan kepada atlet berbakat negara dalam bentuk tajaan . Saya percaya dengan tajaan sebegini dapat memberi lebih dorongan kepada atlet-atlet tempatan untuk terus mengharumkan nama Malaysia di persada sukan antarabangsa, “kata Chang Yi Hern.

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!