Home / Berita Terkini / Larian SHAMROCK 2019 di lokasi baru UIA Gombak

Larian SHAMROCK 2019 di lokasi baru UIA Gombak

Kuala Lumpur, 26 Februari 2019 – Persatuan Alumni Pelajar Ireland di Malaysia akan menganjurkan Larian Shamrock 2019 pada hari Sabtu, 30 Mac 2019 di Stadium Saidina Hamzah, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak, Kuala Lumpur dari jam 7 pagi.

Larian ini dianjurkan buat kali kelima setelah penganjuran pertamanya dalam tahun 2014. Larian adalah tidak kompetitif bertujuan untuk menerapkan nilai kesihatan dan persahabatan untuk bersama rakan dan keluarga.

Shamrock adalah bunga kebangsaan Ireland dan larian ini juga dianjurkan dalam bulan Mac bersempena dengan Hari Kebangsaan Ireland pada 17 Mac setiap tahun. Ianya juga bertujuan merapatkan hubungan rakyat kedua negara Malaysia dan Republik Ireland.

Hadiah akan diberikan kepada peserta yang berpakaian menarik melambangkan kebudayaan Malaysia dan Ireland beserta motif Shamrock. Hadiah cabutan bertuah juga akan diadakan. Setiap peserta akan diberikan T-Shirt Larian, nombor larian dan pingat penamat yang menarik.

Larian Shamrock 2019 dianjurkan oleh Persatuan Alumni Pelajar Ireland dengan kerjasama Kedutaan Besar Ireland di Malaysia dan di sokong oleh O’Briens Irish Sandwich and Cafe.

Pra Pelancaran Larian Shamrock diadakan untuk mempromosi acara tersebut dan dihadiri Duta Besar Republik Ireland ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Eamon Hickey, Presiden Persatuan Alumni Pelajar Ireland di Malaysia (MIAA), Encik Handz Kosai Mohd Zihim, Pengarah Urusan, O’Briens Irish Sandwich
and Cafe, Malaysia, Encik Brian Pua dan Pengarah Larian, Encik Redza Samsudin.

Kategori larian adalah untuk 10 km Terbuka Lelaki dan Perempuan bagi yang berumur 18 tahun ke atas. Kategori kedua adalah untuk 5km Terbuka Lelaki dan Perempuan bagi yang berumur 5 tahun ke atas.

Keluarga beserta anak-anak dengan kerusi tolak (stroller) digalakkan mengambil bahagian untuk kategori 5km. Laluan larian akan melalui pemandangan berbukit dan indah persekitaran kampus hijau UIA Gombak, Kuala Lumpur.

Pendaftaran adalah melalui dalam talian (online) melalui: www.ticket2u.com.my/event/12758

Yuran penyertaan adalah RM60 untuk 10km (untuk pendaftaran sebelum 28 Februari 2019) dan RM67 untuk pendaftaran mulai 1 Mac 2019 (tidak termasuk caj pendaftaran online).

Bagi kategori Skm, yuran pendaftaran adalah RM50 (untuk pendaftaran sebelum 28 Februari 2019) dan RM57 untuk pendaftaran mulai 1 Mac 2019 (tidak termasuk caj pendaftaran online).

Untuk maklumat lanjut,
Telefon:   012-268 7053 (Encik Redza) atau 012-6908307 (Encik Hafidz)
Instagram: @shamrockrunkl
Tanda pagar rasmi: #shamrockrunkl

 

Kredit Foto: ActionPix Malaysia.

Check Also

Atlet & Selebriti Meriahkan Pembukaan Rasmi Butik ASICS PAVILION, KL

Share this on WhatsApp ASICS, jenama pakaian sukan prestasi terunggul dari Jepun, hari ini melancarkan butik …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.