Home / Artikel Menarik / REVIEW: Seluar Lari BROOKS Sherpa 7″ 2-in-1 – Praktikal & Selesa

REVIEW: Seluar Lari BROOKS Sherpa 7″ 2-in-1 – Praktikal & Selesa

brooks_sherpa_7_006

Jarang sekali orang membuat ulasan seluar lari. Kami tertarik dengan ciri-ciri yang ada pada seluar ini dan terus membelinya sendiri untuk tujuan review. Jom kita lihat apa istimewanya seluar lari Brooks Sherpa 7” 2-in-1 ini.

Panjang seluar ini adalah 7 inci, diperbuat daripada fabrik Drilayer yang mudah kering dan telus udara. Di dalamnya terdapat seluar dalam berbentuk boxer yang diperbuat daripada fabrik mesh yang mudah kering dan lembut.

brooks_sherpa_7_001

Terdapat empat kocek yang terletak di bahagian-bahagian strategik.

Kocek berzip yang kalis peluh di bahagian belakang – sesuai untuk telefon bimbit yang kecil.

brooks_sherpa_7_v001

Dua kocek di kedua-dua belah bahagian pinggul untuk mengisi pek gel tenaga, gula-gula dan sebagainya.

brooks_sherpa_7_002

Kocek yang tersembunyi di bahagian seluar dalam boxer. Bagus untuk menyimpan wang, kad pengenalan atau lesen memandu. (Jangan lupa masukkan benda-benda tersebut di dalam beg plastik dahulu kerana peluh boleh meresap ke dalam kocek).

brooks_sherpa_7_004

Selepas berlari lebih 20K, seluar lari ini memang antara yang paling selesa kami pernah pakai. Kepada yang mempunyai saiz peha yang besar dan perlu memakai tights untuk mengelakkan geseran, anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada tights anda sekarang juga. Boxer dalam yang nipis dan lembut memberikan sokongan dan keselesaan kepada si pemakai. Seolah-olah tak memakai apa-apa di dalam. 😉

Walaupun berpeluh, ia tidak terasa berat. Warna dan corak seluar ini pun tidak membosankan.

Kesimpulannya, seluar ini memang direka untuk keselesaan pelari marathon. Dengan adanya kocek-kocek untuk menyimpan barangan peribadi yang kecil, anda mungkin tidak perlu memakai pouch pinggang/ belt lari lagi. Syabas Brooks!

brooks_sherpa_7_005

Harga sepasang: RM255 dan boleh didapati di kedai-kedai Brooks.

Check Also

10 Sebab Anda Harus Sertai Penang TOP International Tower Run

Share this on WhatsApp Anda gemarkan cabaran larian menara? Adakah anak-anak tangga memberikan debaran yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!