Home / Artikel Menarik / ADIDAS Lancar Kategori Balapan Terbaru – adidas Athletics

ADIDAS Lancar Kategori Balapan Terbaru – adidas Athletics

ann-osman
Ann Osman

adidas, pelopor pakaian sukan antarbangsa melancarkan kategori jenama baru – adidas Athletics. Dicipta sebagai pakaian luaran untuk dipakai sebelum dan selepas pertandingan, koleksi adidas Athletics ini membolehkan para atlet menumpukan perhatian dengan baik dengan menghalang gangguan dari luar.

adidas Athletics sesuai untuk pelbagai jenis sukan dilancarkan pada hari Sabtu, 10 September dengan produk pertama – Hoodie adidas Z.N.E.

hazwan-bakri
Hazwan Bakri

Hoodie adidas Z.N.E. direka untuk membantu para atlet menguatkan daya mental dengan tiga elemen utama iaitu; mengurangkan gangguan bunyi bising, menyekat penglihatan dari dikacau dan memberi perlindungan dari ketidakselesaan.

izham-tarmazi
Izham Tarmazi

Tudung kepala atau hood yang besar mempunyai dua lapisan di tepi dan panel depan untuk mengurangkan gangguan luaran, membolehkan si pemakai focus sambil memanaskan badan. Ia mempunyai ruang yang besar, malah boleh menampung fon kepala (headphone) dan ini membolehkan atlet menggunakan muzik untuk menaikan semangat dan menumpukan perhatian sebelum masuk ke arena pertandingan.

Hoodie ini diperbuat daripada fabrik campuran kapas/polyester/elastane yang selesa dipakai. Jahitan “Made 2 Move” dan potongan “dropped shoulder” membolehkan atlet bergerak dengan bebas dan bergaya moden. Poket berzip yang tersembunyi juga adalah praktikal untuk menyimpan barangan peribadi.

noor-shahidatun
Noor Shahidatun

Michael Krapohl, Pengurus Produk Kanan adidas berkata, “Dengan adidas Athletics kami mahu menterajui perspektif baru dan unik untuk para atlet, bertindak untuk memenuhi kehendak mereka sebelum masuk ke gelanggang. Kami tahu pentingnya “pre-ritual” bagi seseorang atlet untuk meningkatkan fokus mereka untuk memenangi pertandingan.”

ooi-tze-liang
Ooi Tze Liang

“Hoodie adidas Z.N.E. dan rangkaiannya membolehkan atlet untuk membuat strategi dan ritual sebelum masuk ke medan pertandingan. Kami juga mengutamakan aesthetika dan bersemangat untuk membangunkan produk dengan perincian yang halus, bergaya dan kelihatan cergas.”

zne-hoodie-1-rm350

Hoodie adidas Z.N.E. boleh didapati dengan harga runcit yang disyorkan RM350 di semua kedai adidas Sports Performance dan secara online di shop.adidas.com.my. Untuk maklumat lanjut, sila layari adidas.com.my/athletics_zne.

Check Also

SHOKZ Lancar Fon Kepala OPENRUN PRO2 dengan Teknologi DualPitch™

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, Malaysia, 23 September 2024 – Jenama elektronik pengguna terkemuka …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!