Home / Berita Terkini / R U Tough Enough kini kembali

R U Tough Enough kini kembali

Kuala Lumpur (19 Ogos 2019) – R U Tough Enough kini kembali menyeru semua rakyat Malaysia untuk membuktikan mereka adalah yang paling gagah di Asia Tenggara! Pertandingan tahunan tersebut dibawa oleh KIX HD (Saluran Astro 729) dengan kerjasama Fisherman’s Friend akan lebih hebat dan mencabar daripada edisi lalu. Hadiah utama bernilai sebanyak US$15,000 (RM60,000) menanti pemenang serantau yang akan dinobatkan sebagai ‘Southeast Asia’s Toughest 2019’!

“R U Tough Enough Southeast Asia tahun ini membawa maksud baru untuk kekuatan yang sebenar, kerana kekuatan fizikal sahaja tidak mencukupi – juara R U Tough Enough yang sebenar juga memerlukan keinginan yang mendalam bagi mengharungi rintangan, serta jiwa seorang juara serta determinasi dan kesungguhan yang mendorong mereka meneruskan cabaran hingga ke akhirnya,” kata Annie Chan, Pengarah Ekskutif, Jualan Afiliasi dan Pengiklanan, Celestial Tiger Entertainment. “Hari ini, R U Tough Enough membuka cabaran kepada semua negara di Asia Tenggara dan pada pertama kali untuk Hong Kong, khusus buat semua individu yang gagah agar melangkah keluar dari zon selesa mereka dan membuktikan kekuatan berhadapan dengan individu-individu gagah lain di rantau ini!”

Tahun ini, R U Tough Enough juga memperkenalkan logo yang baru dengan reka bentuk lencana yang menyerlahkan pemenang-pemenang R U Tough Enough sebagai kumpulan elit yang layak untuk membawa gelaran R U Tough Enough seperti lencana kebanggaan yang dipakai ke mana saja mereka pergi!

Bekas peserta R U Tough Enough datang dari segenap lapisan masyarakat, dari pembuat roti dan pekerja bank kepada guru dan juga jurulatih. Apa yang membezakan mereka adalah kegigihan mereka untuk merentasi zon yang selesa, sambil mengharungi rintangan keraguan, keletihan dan ketakutan agar mereka dapat menonjolkan prestasi yang terbaik di Final Showdown nanti.

Mohd Saddam Bin Mohd Pittli, yang dinobatkan ‘Southeast Asia’s Toughest 2018’, terpaksa berjuang untuk setiap peluang dalam hidupnya. Kehilangan ibunya pada usia 11 tahun bersama 9 adik-beradiknya, beliau menjadi seorang yang kuat ibarat. Kemudian Saddam mendaftarkan dirinya dalam ketenteraan, yang membuatkan dirinya bertambah kental. Menduduki tempat pertama dalam pertandingan Spartan Race pada 2016 dan 2017 memberikan dirinya keyakinan untuk memcuba sesuatu yang baru, dan seterusnya menyertai R U Tough Enough Southeast Asia pada tahun 2018. Dengan jiwa seorang juara, matlamat jangka panjang Saddam adalah untuk mengadakan bootcamp buat rakyat Malaysia agar mereka dapat mempelajari cara gaya hidup yang sihat. Sejak memenangi gelaran tahun lalu, dia sudah mula membeli peralatan dan membantu rakan-rakannya untuk kekal cergas.

Kisah peribadi Benny Yeoh, pemenang pada tahun 2016, juga memainkan peranan penting dalam membangunkan kekuatan dalaman dan ketahanannya. Gaya hidup yang tidak sihat menyebabkan dirinya mengalami masalah kesihatan dan berat badan, akhirnya menjadi satu panggilan untuk sedar dan bangkit mengubah gaya hidupnya. Walaupun mengharungi pelbagai rintangan dia bertekad untuk menjadi seorang yang lebih baik, lebih sihat, lebih kuat dan seorang yang percaya dengan diri sendiri. Hari ini, Benny mengiktiraf pengalaman sepanjang R U Tough Enough sebagai tenaga penggerak di sebalik kejayaan termasuk bidang lain dalam kehidupannya. Sekarang, Benny kekal gagah dan juga akan menjadi salah seorang pengadil untuk R U Tough Enough tahun ini.

Kekuatan fizikal, kecekalan mental dan ketahanan emosi adalah teras utama juara R U Tough Enough, dan pemohonan secara dalam talian kini sudah dibuka kepada peserta lelaki dan perempuan yang bersedia untuk menghadapi cabaran R U Tough Enough Southeast Asia 2019 dimana empat finalis akan dipilih untuk mewakili Malaysia! Final Showdown akan menyaksikan finalis Malaysia bersaing dengan peserta yang paling gagah dari Hong Kong, Indonesia, Philippines, Singapore, Thailand dan Vietnam.

Daftar sekarang untuk bertanding dalam merebut gelaran ‘Southeast Asia’s Toughest’ – R U Tough Enough Southeast Asia 2019 yang akan menerima pemohonan dari hari ini sehingga 22 September melalui laman web rasmi: www.KIX-TV.com/tough.

R U Tough Enough Southeast Asia 2019 dibuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Untuk menyertai, anda boleh memohon secara dalam talian di www.KIX-TV.com/tough selewat-lewatnya pada 22 September. Calon-calon yang terpilih akan dijemput untuk menghadiri sesi ujibakat tertutup dan seramai empat finalis akan dipilih untuk mewakili Malaysia menandingi finalis dari negara Asia Tenggara dan Hong Kong dalam Final Showdown di Sunway Pyramid pada Ahad, 3 November.

Sejak pertandingan dilancarkan di Malaysia pada tahun 2014, R U Tough Enough telah melebarkan sayapnya ke Filipina, Thailand, Indonesia, Singapura dan Vietnam. Pada tahun ini, R U Tough Enough Southeast Asia 2019 mengalu-alukan peserta dari Hong Kong buat pertama kali. Mesej inspirasi buat semua peserta bahawa setiap orang berpotensi untuk menonjolkan kekuatan diri dalam cara tersendiri, telah menarik perhatian beribu peserta merentasi rantau ini dan telah memberi impak dalam kehidupan setiap peserta sebelum ini. Sebagai suatu penghormatan, kisah-kisah inspirasi peserta-peserta R U Tough Enough akan dipertontonkan dalam slot istimewa selama 30-minit, yang akan disiarkan di KIX HD (Astro Saluran 729) pada Januari 2020.

R U Tough Enough Southeast Asia 2019 ditaja oleh Fisherman’s Friend, gula-gula tekak untuk dewasa dengan faedah tambahan, dan rakan kecergasan Celebrity Fitness, rakan penyiaran Astro, penaja lokasi Sunway Pyramid, rakan hotel Dorsett Grand Subang dan rakan sokongan Infinix.

Dapatkan maklumat terkini tentang pertandingan ini melalui saluran media social KIX HD, termasuk Facebook: facebook.com/KIXAsia, Twitter: @KIXAsia, dan Instagram: @KIXAsia.

Check Also

IRONMAN Bawakan Edisi Sulung PESTA SUKAN DESARU COAST

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 27 Ogos 2019 – IRONMAN, syarikat milik Kumpulan Sukan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!