Disrupt. Break away. Change the game.
Begitulah nekad PUMA untuk Kembali ke dunia larian dalam tahun 2021.
Dalam strateginya untuk menguasai semula segmen ini, PUMA telah merombak rangkaian produk dan membangunkan teknologi baharu untuk memberikan larian yang sempurna bagi setiap pelari. Maka, lahirlah empat kunci gaya iaitu Deviate, Velocity, Liberate, dan Eternity— semuanya menampilkan teknologi tapak revolusi, NITRO.
Bahan foam NITRO, diperbuat dengan menyuntik gas nitrogen menggunakan satu proses inovatif untuk memberikan tiga manfaat kepada pelari — responsif, berkusyen and ringan.
“Dengan PUMA Running, kami ingin bawakan larian yang “effortless” kepada para pelari,” kata Erin Longin, Pengarah Global Unit Perniagaan Larian & Latihan (Running and Training) PUMA.
“Kasut lari baharu kami menampilkan teknologi yang paling inovatif, seperti NITRO foam, manjadikan kasut lari sangat ringan lightweight dan responsif, untuk membantu pelari menggunakan tenaga yang lebih rendah dan berlari ke gerbang penamat dengan selesa.”
Rangkaian PUMA Running juga menawarkan model yang dicipta khas untuk kaum wanita dalam keempat-empat kasut lari yang bakal dilancarkan. PUMA yakin wanita adalah masa hadapan dunia larian dan telah menaja beberapa pelari jarak jauh wanita seperti —Molly Seidel, Gesa Krouse, Aisha Praught Leer, Fiona O’Keefe, dan Taylor Werner.
“Tinjauan PUMA ke atas pengguna telah menunjukkan bahawa kebanyakan pelari mempunyai respons yang positif terhadap perubahan,” kata Longin. “Para pelari sentiasa berusaha untuk mencapai perubahan baharu, baik dari segi diri individu atau dunia luar, jadi kami telah mencetuskan konsep SPARK CHANGE untuk memberi makna dan usaha kepada semua yang kami lakukan dalam bidang larian ini.”
Selain daripada melancarkan empat gaya kasut lari baharu, PUMA Running juga bakal menyemarakkan semangat pelari generasi baharu dengan penglibatan komuniti pelari dalam beberapa inisiatif yang bakal dilaksanakan. Dengan kerjasama dengan Women Win dan atlet-atletnya, PUMA bakal memberi sumbangan kepada yayasan ini yang bertujuan untuk menaikkan taraf pencapaian wanita dalam sukan. Tabung Spark Change PUMA Running bakal memberi bantuan kepada badan-badan amal dengan usaha untuk memupuk kesamarataan jantina dalam sukan dan larian.
Kasut lari Deviate, Velocity, Liberate, dan Eternity bakal berada di pasaran Malaysia pada tarikh yang bakal diumumkan kelak. Jangan lupa ikuti perkembangan dunia larian di www.jomkitalari.com