Home / Artikel Menarik / Skechers Max Cushioning Premier – Endeavour – Selesa Untuk Pergi Lebih Jauh

Skechers Max Cushioning Premier – Endeavour – Selesa Untuk Pergi Lebih Jauh

SKECHERS telah memperkenalkan dua kasut baharu – Skechers Max Cushioning Elite dan Skechers Max Cushioning Premier di bawah rangkaian Max Cushioning baru-baru ini. Kami berkesempatan untuk mencuba Skechers Max Cushioning Premier – Endeavor untuk larian di atas jalan raya sejauh 100km secara kumulatif.

Skechers Max Cushioning Premier menampilkan ULTRA GO™ foam di bahagian tapak tengah (midsole) yang direka untuk memberikan sokongan yang mapan sepanjang larian atau aktiviti fizikal yang lain. Teknologi ULTRA GO™ juga memberikan daya responsif kepada setiap langkah.

Tapak tengah (midsole) juga dilengkapi oleh bahan Ortholite® yang memberikan keselesaan tambahan dan rasa bersih yang segar kepada si pemakai.

Tapak luar (outsole) diperbuat daripada bahan foam yang ringan, tahan lama dan fleksibel, yang dapat membantu memberikan daya cengkaman semasa berlari di atas apa jua permukaan sekali pun.

Bahagian atas kasut (upper) diperbuat daripada fabrik mesh sintetik yang ringan, tanpa jahitan untuk memberikan keselesaan dan fleksibiliti. Lidah kasut adalah telus udara dan mempunyai lapisan kusyen yang nipis.

Pelapik dalaman kasut (insole) menampilkan teknologi Goga Mat® yang digunakan dalam banyak kasut Skechers untuk pengembalian tenaga dan menyerap impak ketika berlari.

Walaupun tapak kasut ini agak tebal (2 inci heel height, 6mm heel drop height), ia masih mengekalkan berat sekitar 238g untuk saiz 9 Lelaki. Kusyen yang diberikan adalah pada tahap maximum dan sesuai untuk digunakan terutamanya untuk jarak larian marathon dan ultra. Jika keselesaan menjadi keutamaan anda dalam larian jarak jauh, pertimbangkanlah kasut Skechers Max Cushioning Premier.

Satu lagi keistimewaan kasut ini adalah ia boleh dibasuh menggunakan mesin basuh – kitaran lembut dan digantung untuk kering sendiri. (Elakkan sinaran matahari secara langsung)
.
Pada keseluruhannya, Skechers Max Cushioning Premier – Endeavor berjaya “deliver” spesifikasi kasut untuk gaya hidup aktif yang memberikan keselesaan larian jarak jauh dengan kusyen mewah dan prestasi lantunan (bounce) dalam setiap langkah.

Kasut Skechers Max Cushioning Elite/ Premier boleh didapati di kedia-kedia SKECHERS terpilih dengan harga RM459 sepasang.

Check Also

PUMA Lancar Koleksi SQUID GAME Sempena Tayangan Musim Kedua Siri NETFLIX Paling Popular Ini

Share this on WhatsApp PUMA meraikan ketibaan musim kedua Squid Game dengan kolaborasi yang menampilkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!