Kasut ini direka untuk memberikan keadaan “flow state”, di mana si pemakai merasakan mereka boleh berlari lebih jauh, lebih pantas seakan-akan ditolak angin dari belakang Ketika sedang berlari. Under Armour mendapat inpirasi daripada pelari-pelari elit dan sentiasa mencari solusi berinovatif untuk membantu mereka mencapai potensi mereka.
Mengambil masa tiga tahun, lebih 17 kali ujian bahan mentah, 9 kali ujian biomekanikal, 15 kali ujian kasut, dan lebih 17,7000 km digunakan untuk ujian penggunaan, maka terciptalah midsole (tapak tengah) UA Flow yang baharu.
UA Flow adalah bahan kompaun foam tunggal yang responsif, mencengkap, dan memberi sokongan tanpa memerlukan outsole getah (tapak luar). Ini membolehkan Under Armour untuk mencipta kasut lari yang inovatif, berdaya cengkam yang lain daripada yang lain di pasaran.
Berbeza dengan rekaan kasut lari tradisional, UA Flow membolehkan kasut disiapkan tanpa memerlukan tapak luar, dengan ini mengurangkan berat 55.6 – 85g secara purata. UA Flow adalah teknologi midsole yang paling ringan dalam rangkaian kasut UA yang terkini.
Teknologi foam UA Flow ini diperkenalkan di dalam kasut Under Armour yang terbaharu iaitu UA Flow Velociti Wind, kasut prestasi tinggi yang direka untuk memberikan daya tindak balas dan pulangan tenaga yang tinggi, berdaya cengkam untuk larian lebih berkeyakinan untuk permukaan tidak rata dan licin.
Ia dilengkapi dengan upper (bahagian atas) kasut dengan yang ringan – Warp, yang mendakap kaki si pemakai dengan pita-pita penyokong yang bertindak seperti “tali pinggang keledar” untuk memastikan kedudukan kaki dengan sempurna ketika berlari.
UA Flow Velociti Wind direka untuk pelari berkaki neutral yang inginkan kepantasan. Dengan hanya seberat 241g (Saiz lelaki 9), kasut yang ringan ini adalah sesuai untuk digunakan untuk latihan tempo, larian jauh yang pantas dan untuk perlumbaan
DNA PRODUK:
Berat: Lelaki Saiz 9 241g / Wanita Saiz 7 – 227g
Harga: RM649
Heel: 26mm
Forefoot: 18mm
Offset: 8mm
UA Flow Velociti Wind boleh didapati di UA Brand Houses terpilih di seluruh negara mulai 5 Marchdan secara dalam talian di https://www.underarmour.com.my/en-my/