Dua puluh lima tahun dahulu PUMA melancarkan DISC, suatu sistem cakera untuk kasut lari keluarannya. Ia menjadi satu revolusi di dalam industri kerana sistem ini tidak menggunakan tali kasut.
Sistem ikatan ini sebaliknya terdiri daripada satu cakera yang boleh diputarkan. Cakera itu kemudian akan menarik wayar yang ada pada bahagian dalam untuk mengetat atau melonggarkan kasut.
Sempena ulang tahun ke-25 sistem THE DISC, PUMA membawa kembali cakera tersebut untuk kasut lumba keluarannya yang terbaru – PUMA IGNITE DISC dan PUMA evoSPEED DISC Spike.

Rekaan DISC diperbaharui untuk menjadi lebih ringan dan lebih menarik. Ia mudah dan cepat untuk diputarkan serta menampilkan wayar keluli yang tahan lama untuk mendakap bentuk kaki.
Antara atlet-atlet balapan tajaan PUMA yang bakal memakai kasut DISC adalah Usain Bolt, Asafa Powell, Andre de Grasse, Jenna Prandini dan ramai lagi. Bagi mereka, setiap saat adalah penting di luar atau pun di dalam arena. Mereka memerlukan kasut yang ringan, selesa, selamat dan boleh mengadaptasi kepada kaki mereka untuk prestasi yang maksima.
Buat masa ini, kasut larian yang mempunyai teknologi PUMA DISC adalah kasut lari PUMA IGNITE DISC dan kasut pecut evoSPEED Spike yang sesuai untuk acara balapan.

Kasut lari IGNITE DISC dan kasut pecut evoSPEED DISC Spike boleh didapati di kedai PUMA, puma.com dan kedia-kedai sukan sekarang.