Apakah fon telinga konduksi tulang? Mengapakah ramai pelari teruja dengan kelahiran produk ini?
Fon telinga konduksi tulang ini menggunkan teknologi getaran tulang untuk menghantar bunyi terus ke telinga dalam (cochlea) melalui transducers (1) di hadapan telinga. Jadi, gelombang bunyi dipancarkan tanpa melalui gegendang telinga. (2)
Teknologi ini telah dibangunkan untuk kegunaan militari dan kini diaplikasikan untuk penggunaan umum. Kelebihan teknologi ini berbanding dengan fon telinga biasa, ia tidak menyumbat liang telinga. Dengan ciri keselamatan ini, si pemakai masih boleh mendengar bunyi-bunyi persekitaran sambil menikmati lagu-lagu kegemaran.
Menggunakan teknologi konduksi tulang, fon telinga Trekz Titanium direka untuk memberi keselesaan dan tahap kesedaran kepada si pemakai tanpa menjejaskan mutu bunyi. Ia sesuai untuk digunakan untuk aktiviti luar rumah seperti berlari, berbasikal, hiking dan sebagainya.
Ia dihubungkan secara Bluetooth®. Ini membolehkan pergerakan bebas tanpa dihalang oleh belitan wayar serta mampu membuat dan menerima panggilan telefon.
Anda tidak perlu khuatir apabila anda memakainya untuk aktiviti luar rumah yang lasak kerana ia diluluskan dengan gred IP55 untuk kalis peluh, lembapan dan debu.
Aftershokz Trekz Titanium diedarkan dengan harga runcit yang disyorkan RM499 oleh DISTEXPRESS.
Untuk maklumat lanjut, sila layari distexpressasia.com dan aftershokz.com