Home / Artikel Menarik / PUMA IGNITE DUAL – Dua Faedah Kefleksibelan & Kusyen Dalam Satu Kasut

PUMA IGNITE DUAL – Dua Faedah Kefleksibelan & Kusyen Dalam Satu Kasut

16SS_RT_Bolt_Olympics_Q3_IgniteDual_1384 copy

PUMA memperluaskan francais rangkaian kasut lari IGNITE dengan pelancaran kasut IGNITE Dual untuk Musim Luruh dan Sejuk 2016 yang menampilkan kedua-dua fungsi dan gaya.

16AW_RT_Bolt_Olympics_Ignite_Dual_0743 copy

Direkacipta untuk memberi kefleksibelan dan kusyen untuk pelari jarak sederhana dan jauh, kasut IGNITE Dual menampilkan tapak tengah (midsole) IGNITE FOAM yang tampak di tumit dan tersembunyi di bahagian depan kaki (forefoot) untuk membekalkan lantunan tenaga semasa dalam gerak larian.

16AW_RT_Running_IgniteDual_1004_RGB

Pelapik stokin (sockliner) EVA dibentukkan mengikut acuan kaki memberikan keselesaan kepada si pemakai. Tapak luar (outsole) pula dibangunkan dengan teknologi PUMA untuk mengikut gaya berlari (gait) seseorang pelari. Alur panduan (guidance groove) di sepanjang kasut membolehkan berat pelari disebarkan dengan lancar semasa injakan kaki dari permukaan tanah.

16AW_RT_Running_IgniteDual_1062_RGB

Alur fleksibel yang mendalam di bahagian depan tapak kasut menambahkan kebebasan pergerakan kaki. Ketahanan tapak luar kasut dipertingkatkan dengan tambahan getah karbon.

16AW_RT_Running_Prandini_evoSpeedDiscSpike_2293_RGB

Bahagian atas kasut (upper) diperbuat daripada fabrik telus udara yang fleksibel dalam dua warna. Kasut dilengkapkan dengan panel pemantul cahaya sebagai ciri keselamatan dalam suasana yang gelap.

Perincian grafik kasut adalah kontemporari dan menyerupai rekaan pakaian latihan dan pakaian di podium bagi atlet tajaan PUMA dalam Tenasya Sukan Olimpik yang bakal menjelang.

16AW_RT_Running_Prandini_IgniteDual_0543_RGB

Kasut IGNITE Dual boleh didapati dalam model IGNITE Dual Disc dan IGNITE Dual evoKnit.

Warna kembar kasut IGNITE Dual juga ditampilkan dalam koleksi pakaian lari PUMA Musim Luruh & Sejuk 2016. Pakaian mempunyai teknologi inovatif dryCELL yang membantu menyerap peluh dari badan agar si pemakai lebih kering dan selesa semasa bersukan.

16AW_RT_Bolt_Olympics_Product_Ignite_Dual_Disc_0360 copy

Kasut IGNITE Dual dan rangkaian pakaian lari boleh didapati di semua kedai PUMA dan PUMA.com

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!