Putrajaya, 21 Ogos 2017 – Acara larian Pink Wig-A-Thon telah dilancarkan oleh YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Larian amal ini akan diadakan pada 8 Oktober di Taman Botani, Kuala Lumpur dengan matlamat untuk meningkatkan kesedaran umum terhadap bahaya kanser payu dara dan sebahagian aktiviti untuk pesakit yang sudah bebas daripada kanser tersebut. Seramai 3,000 orang dijangka menyertai larian sejauh 5km dan 10 km.
Kanser payudara adalah kanser utama di kalangan wanita di Malaysia dan semakin berleluasa semenjak 50 tahun kebelakangan ini. Keadaan bertambah akut kerana pada sepuluh tahun akan datang, peningkatan dijangka akan menjadi semakin dramatik.
Di Malaysia, kejadian kanser payudara semakin meningkat. Organisasi Kesihatan Sedunia, WHO [Globocan 2012] menjangkakan lebih 5000 kes baru akan dikesan dan kadar kematian seramai 2500 setiap tahun. Ini menjadikannya satu penyakit yang paling digeruni di kalangan wanita. Dianggarkan satu dalam 19 wanita di Malaysia terdedah kepada risiko kanser payudara berbanding dengan satu dalam 8 di Eropah dan Amerika Syarikat.
Pink Wig-A-Thon adalah sebuah acara larian yang unik kerana peserta digalakkan memakai rambut palsu berwarna merah jambu bagi menyokong tindakan memerangi kanser payudara.
Menurut Datuk Devanand, Pengasas dan Pengerusi Pink Ribbon Wellness (L) Foundation, “Pada masa kini, sejumlah 42% wanita yang mengidapi kanser payudara dikesan ketika mereka di Tahap 3 atau Tahap 4, iaitu tahap yang sudah merebak. Bilangan ini boleh dikurangkan dengan kesedaran, pendidikan dan pengesanan yang awal, dan inilah yang kami ingin sasarkan dengan anjuran Pink Wig-A-Thon.”
Selain daripada meningkatkan kesedaran, Pink Wig-A-Thon juga also bertujuan untuk mengumpul dana bagi yayasan tersebut. Lebih 80% dana akan disalurkan kepada pendidikan dan program saringan untuk wanita dan program sokongan bagi pesakit dan bekas pesakit kanser, di bandar dan luar bandar. Baki 20% akan digunakan untuk pentadbiran.
Sehingga hari ini, yayasan tersebut telah berjaya untuk mencapai lebih daripada 15,000 wanita dalam lima tahun sejak didaftarkan pada tahun 2012.
“Kanser payudara memberi kesan kepada kita semua – para ibu, saudara, nenek, anak perempuan, adik-beradik dan rakan-rakan. Dengan memperkasakan pengetahuan wanita-wanita tersebut dengan pendidikan tentang penjagaan kesihatan dan tindakan preventif, kita boleh menyelamatkan banyak nyawa,” kata Puan Sri Maniseh Adam, Penaung Pink Ribbon Wellness (L) Foundation.
Antara para penaja Pink Wig-A-Thon adalah Beacon International Specialist Centre, • F&N Holdings Bhd, • Yakult (Malaysia) Sdn Bhd, • Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, • Reckitt Benckiser (Malaysia) Sdn Bhd, • Adonis Beauty Studio, • Natucos Medispa • Sun Jiang Trading Sdn Bhd • A&C Dance Performing Arts Centre • Absolute Music Performing Arts Centre • Sunway University
Beacon Hospital sebagai Penaja Emas menawarkan subsidi dan sumbangan untuk (i) Mamogram (ii) Imbasan PET-CT (iii) Tabung Kebajikan Radioterapi (iv) Tabung Kebajikan Kimoterapi
Selain daripada larian amal, sebuah karnival yang terbuka untuk orang ramai juga turut diadakan pada hari tersebut. Para penunjung berpeluang untuk menyaksikan pelbagai persembahana pentas selebriti tempatan, cabutan bertuah dan jualan makanan dari trak saji.
Bayaran RM80 dikenakan untuk setiap peserta larian manakala bekas pesakit sebanyak RM65. Setiap pelari bakal menerima sebuah beg jerut yang mengandungi pelbagai barangan tajaan dan pingat penamat yang menarik.
Pendaftaran Pink Wig-A-Thon dibuka untuk lelaki dan wanita dengan yuran RM80 dan RM65 untuk bekas pesakit kanser. Pendaftaran boleh dilakukan secara online di www.pinkwigathon.org.my
Sesiapa yang berminat untuk menyertai larian amal ini boleh menghubungi yayasan di talian 03-22423121 / 3839, sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada [email protected].