Home / Berita Terkini / Perlepasan Singapore Marathon 2019 Kini Ditukar Ke Waktu Petang

Perlepasan Singapore Marathon 2019 Kini Ditukar Ke Waktu Petang

Singapura, 28 Mei 2019 – Buat julung-julung kalinya dalam sejarah Standard Chartered Singapura (SCSM), acara larian itu akan diadakan pada sebelah petang pada tahun ini. Pihak penganjur SCSM, Ironman Asia, mengumumkan demikian di majlis pelancaran SCMS 2019 pada hari ini.

Edisi SCSM 2019 yang bakal berlangsung selama tiga hari dengan waktu permulaan baru – jam 6:00 petang pada hari Sabtu 30 November, untuk kategori Marathon, Half Marathon dan Ekiden. Acara Kids Dash bakal berlangsung pada hari Jumaat 29 November manakala perlumbaan 5K dan 10k akan dilangsungkan pada hari Ahad 1 Disember.

Format larian pada sebelah petang adalah sebahagian daripada usaha pihak penganjur untuk mempertingkatkan daya tarikan acara tersebut, serta meningkatkan peluang SCSM untuk dimasukkan ke dalam Abbott World Major Marathons (WMM), iaitu siri marathon terbesar dan paling dikenali ramai di dunia, pada tahun 2021.

Perlepasan pelari di waktu petang diharap akan memberi peluang untuk pelari-pelari, sama ada kompetitif atau kasual untuk meningkatkan prestasi dan seterusnya menikmati acara larian tersebut kerana cuaca adalah lebih sejuk berbanding dengan larian yang dimulakan di waktu pagi.

Acara tahun ini akan menampilkan laluan mesra penonton melalui jalan-jalan raya dan mercu tanda paling ikonik di Singapura seperti Marina Bay Sands, Taman di Pesisiran dan Singapore Flyer.

Larian tahun kecuali Kids Dash, akan dimulakan di Bangunan Pit F1 dan berakhir di Pentas Terapung Marina Bay.

Pendaftaran dibuka sekarang di https://singaporemarathon.com/

Check Also

Bawa Prestasi Larian Anda Ke Tahap Seterusnya Dengan Kasut Plat Karbon BMAI JING TAN FLY

Share this on WhatsApp Sejak pelancarannya pada 2014, BMAI, jenama kasut Cina yang ditransliterasi daripada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!