Gula-gula Himalaya Salt telah menjadi kegemaran para pelari di Malaysia kerana rasanya yang enak dan mengandungi khasiat garam Himalaya yang dikatakan membantu mengembalikan semula garam yang dirembeskan keluar melalui peluh ketika larian. Memandangkan kepopularitian gula-gula ini semakin meningkat, ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan menjual produk tiruan.
BIG FOOT Malaysia, pengeluar asli Himalaya Salt Candy, telah memuat-naikkan satu kenyataan pada 8 Jun 2019 lalu di laman Facebook untuk memberi amaran kepada penggemar gula-gula ini tentang kewujudan produk tiruan di pasaran.
Menurut BIG FOOT Malaysia, terdapat 4 cara untuk mengenalpasti sama ada produk tersebut asli atau tiruan. Jom kita baca…
Seperti mana yang telah dijelaskan di atas, perbezaan di antara produk asli dan tiruan adalah amat kecil dan susah untuk dikesan jika tidak diperhatikan secara terperinci.
Namun kami sarankan agar anda membuat pemeriksaan sebelum membeli produk untuk mengelakkan daripada tertipu. Produk tiruan mungkin memudaratkan jika dimakan.
Sumber: Facebook Big Foot Malaysia