Malaysia, 28 October 2016 – Nike mengumumkan yang portal membeli-belah Nike.com kini boleh membuat penghantaran ke Malaysia dan menawarkan para pengguna akses menyeluruh kepada barangan dan perkhidmatan Nike yang terbaik termasuk khidmat NIKEiD yang menjadi kegemaran ramai.
Dengan adanya akses 2 jam ini, pengguna-pengguna di Malaysia dapat membeli barangan Nike yang berinovasi dengan mudah. Antara kategori barangan Nike adalah Lari (Running), Bolasepak (Football), Atlet Muda (Young Athletes), Tenis (Tennis), Latihan Wanita (Women’s Training), Nike Sportswear, Bola Keranjang (Basketball), Jordan dan Latihan Lelaki (Men’s Training).
Komited untuk mendorong para atlet untuk mencapai potensi mereka sepenuhnya melalui inovasi dan komuniti yang padu, Nike.com juga menghubungkan khidmat barangan Nike kepada ekosistem Nike+. Para pengguna yang mencari sumber inspirasi boleh berhubungan dengan komuniti Nike+ melalui Nike.com dan juga aplikasi Nike+ seperti aplikasi Nike+ Training Club, Nike+ Run Club dan Nike+ Football Club.
Khidmat NIKEiD sebelum ini tidak boleh didapati di Malaysia. Ia menawarkan para pengguna untuk merekacipta dan mengubahsuai barangan Nike mengikut citarasa masing-masing yang unik. Pengguna juga boleh mendapatkan pilihan warna yang luas dan rangkaian barangan yang eksklusif di Nike.com.
Penghantaran (Shipping)
Barangan yang dibeli melalui Nike.com di Malaysia bakal dihantarkan dari Singapore. Barangan yang diubahsuai mengikut citarasa peribadi NIKEiD bakal dihantar dari Hong Kong, dengan itu mengurangkan tempoh menunggu berbanding dengan penghantaran dari Amerika Syarikat.
Jom kita mulakan pengalaman Nike di http://www.nike.com/my/en_gb/