Kuala Lumpur, 31 October 2016 – Kembali buat kali ke-sembilan, acara larian Standard Chartered KL Marathon (SCKLM) bakal dilangsungkan pada 21 Mei 2017 di Dataran Merdeka. Tarikh tersebut telah diumumkan dalam satu kemaskini di laman Facebook rasmi SCKLM hari ini.
Pada tahun-tahun yang lepas, SCKLM pada umumnya dilangsungkan dalam bulan Ogos – Oktober. Tahun lepas, ia dianjurkan pada 7 Ogos 2016. Tujuan menganjakkan tarikh SCKLM ke awal tahun adalah untuk mengelakkan perselisihan dengan Temasya Sukan SEA (19 – 31 Ogos 2017) dan juga bulan perayaan Ramadan & Syawal (Jun/ Julai).
Untuk maklumat lanjut tentangStandard Chartered Kuala Lumpur Marathon, , sila layari http://www.kl-marathon.com/ dan http://www.facebook.com/SCKLmarathon.