Home / Artikel Menarik / Pengakuan Seorang Marathoner Kali Pertama – “Dulu Saya Pernah Cakap Orang Berlari Itu Gila dan Bodoh dan Hari Ini Saya Menjadi Sebahagian Dari Mereka!”

Pengakuan Seorang Marathoner Kali Pertama – “Dulu Saya Pernah Cakap Orang Berlari Itu Gila dan Bodoh dan Hari Ini Saya Menjadi Sebahagian Dari Mereka!”

Jom kita baca kiriman pembaca #jomkitalari, Mus Ariffin tentang perjalanan marathon sulungnya di KLSCM 2024 baru-baru ini.

Biar saya ceritakan perjalanan saya di dalam SCMKL2024 ini.

Kejayaan melengkapi larian sejauh 42.195 km ini telah melihatkan banyak pengorbanan masa, wang ringgit mahupun tenaga.

Saya berlari hampir setiap hari pukul 5 pagi di Bukit Jelutong dengan memaksa diri untuk bangun tidur pukul 3.45 am pada weekdays manakala berlari seorang diri 4 pagi setiap Sabtu di Bukit Aman mengelilingi ibu kota Kuala Lumpur.

Pernah sekali di Bukit Bintang hampir digigit sekumpulan anjing dan menggelepur untuk sertu sebelum Subuh di Masjid KLCC.

Kalau tidak berlari, saya ke gym. Itulah rutin harian.

“Penat tak seawal pagi sudah bangun?

Saya jawab jika ingin tahajud mahupun qiam berlarilah pada 4 atau 5 pagi. Buka mata kita ‘jumpa’ Dia dahulu.

Allah bagi asbab untuk saya tahajud dan solat Subuh berjemaah di masjid dengan berlari di awal pagi. Pernah beberapa kali jika hari tersebut saya off training keberangkalian untuk bangun tahajud agak nipis.

Masuk Julai training plan saya ke laut, sibuk travel menyukarkan LSD dilaksanakan hujung minggu. Dan tiga minggu sebelum SCMKL saya mula terfikir untuk pull out. Tak yakin, setakat 6 km sebelum Subuh sukar rasanya.

Anxiety mula terbit, namun rakan-rakan The Suronners berjaya mematahkan cadangan pull out.

Dan 2 pagi semalam usai tahajud saya bergerak dari hotel ke Dataran Merdeka. 3.30 pagi flag off dan saya mulakan dengan tenang, seleksi zikir terapi oleh Hafiz Hamidun dan Ustaz Abdullah Fahmi di Spotify memang menjadi pilihan setiap kali berlari. Ianya sangat calming.

Selain menjaga pace, menjaga wudhuk juga satu cabaran, mengelak sana sini dari bersentuhan dan alhamdulillah KM17 berhenti solat dengan wudhuk yang sedia ada.

Saya tidak laju, pace sekitar 7 dan 8.

Emosi sangat tenang tidak mengeluh jauh sekali menyesal. Breathing dan heart rate pun stabil. Berbanding tahun lepas saya sangat chill kali ini. Dan ketika itu saya banyak bercakap pada diri “boleh ni” (to complete FM), saya yakin!

Namun cramp attack di kiri kanan peha dan betis yang bermula di KM18 menyebabkan saya amat berhati-hati dan pace larian diperlahankan serta berhenti banyak kali untuk spray.

KM33 hp bateri kaput, Strava dan Spotify gone. Larian diteruskan dan emosi masih stabil namun KM38, emosi sudah serabut dan kaki sudah jelly nata de coco. 3km terasa 10km!

Namun sorakan di finish line membakar semangat untuk saya habiskan. Dan saya habiskan dengan baik.

Alhamdulillah, antara doa utama ketika umrah Julai lepas Allah makbulkan.

Terima kasih Ibu Abah yang selalu diabaikan untuk training. Lepas ni kita holiday! Rezeki di CSR, CEO dan CFO juga runners jadi kami saling support to each other.

The Suronners dan Sendu, you know who you are, sentiasa ada memberi semangat dan membantu.

Dulu saya pernah bercakap orang berlari itu gila dan bodoh dan hari ini saya menjadi sebahagian dari mereka!

Kepuasannya setelah melangkah ke FL tidak dapat digambarkan mungkin dengan sujud syukur mampu menjelaskan tetapi yang pasti bermula Asar selepas event saya sudah mula menggunakan kerusi untuk solat. No pain, no gain. Buat newbies, teruskan berlari dan jangan putus asa. Cari running community yang boleh memberikan inspirasi.

Esok puasa nazar tiga hari bermula, terima kasih Allah.

Check Also

Uji Had Kecergasan Anda di UNDER ARMOUR COMBINE

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 20 September 2024 – Under Armour mengumumkan kembalinya UA …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!