
Tahukah anda Eliud Kipchoge, pelari marathon legenda bakal kembali ke dunia larian kompetitif? Namun begitu, ia bukan dalam acara 42km tetapi jarak yang lebih pendek, 10K di Amazing Thailand Marathon Bangkok pada 1 Disember 2024 ini.
Hadir dengan peranannya sebagai duta larian di Thailand, kerjasama NN Running Team dan Tourism Authority of Thailand ini akan menyaksikan Kipchoge memberi inspirasi kepada pelari tempatan dan antarabangsa, sejajar dengan visi global Kipchoge untuk mempopularkan lagi sukan larian dan akan meningkatkan lagi kedudukan Thailand dalam komuniti larian antarabangsa.
Bekas pemegang rekod dunia dari 2018 hingga 2023, Kipchoge juga telah memperoleh dua pingat emas maraton Olimpik berturut-turut, bersama dengan pingat 5000 meter di Athens (2004) dan Beijing (2008). Antara 2014 dan 2019, dia mengekalkan rekod kemenangan 10 perlumbaan yang tidak tertandingi dalam maraton utama, mengukuhkan status legendanya dalam larian jarak jauh.
Sumber: Amazing Thailand partners with Eliud Kipchoge and the NN Running Team to promote Thailand as Asia