Kuala Lumpur, 23 Mac 2018 – Acara larian mingguan 5km parkrun bakal dilancarkan di Malaysia di Taman Rekreasi Pudu Ulu, Kuala Lumpur pada 14 April 2018. Parkrun Malaysia akan diadakan pada setiap hari Sabtu pada jam 7:30pagi.
Ini menjadikan Malaysia sebagai negara yang ke-20 yang menganjurkan larian taman 5km tersebut selepas negara-negara seperti Australia, Canada, Denmark, Ireland, New Zealand, Poland, Russia, South Africa, United Kingdom, Singapore dan republik Czech.
Taman Rekreasi Pudu Ulu, Cheras yang merangkumi keluasan 33 ekar bakal menjadi tapak kepada parkrun Malaysia.
Selain dari keindahan landskap, taman ini juga mempunyai kolam mandi kanak-kanak yang pertama dibina di dalam kawasan taman awam di Kuala Lumpur, seterusnya menjadikan mercu tanda Taman Rekreasi Pudu Ulu.
Apa yang istimewa tentang parkrun adalah ia dianjurkan oleh sukarelawan dan penyertaan adalah percuma bagi semua.
Pelari dikehendaki mendaftar secara online untuk mendapatkan nombor atlit yang unik dan mencetak barcode pengenalan mereka sendiri untuk mengambil bahagian. Anda hanya perlu mendaftar sekali sahaja dan membawa barcode yang sama untuk larian seterusnya.
Catatan masa setiap pelari yang berdaftar di setiap acara akan diproses an dimuatnaikkan ke laman web rasmi selepas larian oleh para sukarelawan.
Parkrun ini dianjurkan untuk menikmati larian dan mengalu-alukan semua pelari, tanpa mengira tahap pengalaman atau pace larian.
CARA-CARA MENDAFTAR UNTUK PARKRUN DAN MENDAPATKAN BARCODE MENGGUNAKAN LAMAN WEB PARKRUN MALAYSIA
1. Layari ke https://www.parkrun.my/register
2. Klik ‘Take me to the registration form’ di atas Jalur Gemilang yang berada di bawah halaman.
3. Isikan borang dengan butiran yang diperlukan dalam pendaftaran. Gunakan poskod kediaman anda dan pilih Taman Pudu Ulu parkrun sebagai home parkrun anda.
4. Muat turun & cetak barcode anda.
5. Bawa barcode anda ke parkrun.
6. Hadir sebelum jam 7.30pagi setiap hari Sabtu untuk menikmati larian anda!
Untuk maklumat lanjut tentang parkrun Malaysia, sila layari http://www.parkrun.my/tamanpuduulu/ atau https://www.facebook.com/parkrunMY/