Home / Berita Terkini / Kenyataan Rasmi MURA Tentang Penarikan Diri Team Pacat Dari MUL 2017/18

Kenyataan Rasmi MURA Tentang Penarikan Diri Team Pacat Dari MUL 2017/18

Malaysian Ultra Runners Association

Merujuk kepada kenyataan Team Pacat pada 20 Mac 2018 di laman Facebook mereka (rujukan : https://goo.gl/gwJX2y).

Kenyataan ini berpunca dari perbezaan pendapat yang terjadi diantara dua individu (iaitu Arman Arshad dan Ng Seow Kong) yang telah ternyata di dalam laman Facebook pada 27 November 2017 (rujukan : https://goo.gl/VFoVMG).

Jawatankuasa Malaysian Ultra Running Association (MURA) ingin membuat kenyataan rasmi dan menjelaskan perkara-perkara berikut :

1. Sejak penubuhan MURA pada tahun 2014, ia tidak pernah mengenakan sebarang piawaian keatas mana-mana larian ultra di Malaysia. Walaubagaimanapun, larian ultra yang ingin menyertai Malaysian Ultra League (MUL) Championship dikehendaki memenuhi kriteria tertentu sebelum dipertimbangkan. Ini telah pun dicapai oleh semua larian ultra sebelum penubuhan MUL Championship.

2. MURA tidak pernah mengemukakan sebarang komen, kenyataan mahupun pandangan keatas mana-mana acara larian ultra di Malaysia. Tujuan utama MURA ditubuhkan adalah untuk memberi sokongan kepada acara larian ultra di tanah air kita.

3. Walaupun kedudukan Ng Seow Kong adalah Presiden MURA, beliau membuat pernyataan itu semata-mata pandangan peribadi beliau sahaja dan bukan mewakili pandangan MURA sama sekali. Kenyataan beliau ditulis tanpa niat untuk mengkritik atau membandingkan acara Endurance Nature dengan acara Team Pacat.

4. MURA sentiasa berusaha untuk memastikan bahawa kami tidak memihak kepada mana-mana penganjur larian, sama ada Endurance Nature atau penganjur yang lain. Semua ahli MURA dialu-alukan untuk menyemak dan mengesahkan kesahihan perkara ini dalam laporan tahunan, akaun audit, dan minit mesyuarat jawatankuasa eksekutif yang lepas yang telah diajukan kepada RoS.

Dengan ini, kami berharap ianya dapat memperjelaskan kedudukan MURA di dalam perkara ini.

Tiada sebarang kenyataan lanjut akan dibuat selepas ini.

Jawatankuasa MURA 2017/2018,
Ng Seow Kong
Jerome Martinent
Sunny Lee
Victor Cheng
Ang Li Leen
Ben Lee
David Christopher
Edward Ooi
Ooi Boon Seong
Peter Chong
Renee Tan
Yong Chee Keat
Zyen Hoo

Baca juga kenyataan Team Pacat DI SINI.

Check Also

12 Sebab Anda Harus Mulakan 2021 Dengan Run Streak

Share this on WhatsApp Apakah itu running streak? Jika anda berlari dalam tempoh beberapa hari …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!