Kuala Lumpur, 26 Mac 2018 – Sebuah aktiviti riadah berkonsepkan larian sejauh 7 kilometer akan menemui penduduk sekitar Lembah Kelang, khususnya pada 15 April 2018 bertempat di Dataran Merdeka. Aktiviti yang menerapkan tema larian bertopeng atau “Mask Run’ ini, akan bermula pada jam 6 pagi dan akan meliputi sepanjang jalan Raja Laut menuju ke Bukit Nenas dan kembali ke Dataran Merdeka melalui kawasan Masjid India.
Larian riadah ini turut mendapat sokongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menerusi program ‘KL Car
Free Morning’. Dengan objektif utama untuk meningkatkan kesedaran dan memberi motivasi kepada masyarakat menjalani hidup yang lebih sihat, selain dapat menggalakkan aktiviti kekeluargaan di mana larian ini terbuka kepada semua peringkat umur.
Selaku penganjur larian “Mask Run”, Resilience Studios berpendapat, penggunaan topeng sewaktu
larian dapat membantu meningkatkan tahap keyakinan para peserta serta melahirkan satu semangat yang lebih positif untuk diri sendiri. Medium tersebut juga dapat dilihat dengan simboliknya sebagai pelindung kepada kelemahan diri peserta di mana, hanya kekuatan diri yang terpamer dalam kehidupan harian. “Mask Run” juga bermatlamat untuk memperkasakan semangat muhibbah antara kaum tanpa perbezaan status dan latar belakang seseorang.
Selain larian “Mask Run”, aktiviti seperti cabutan bertuah turut menanti para peserta. Persembahan istimewa dari selebriti terkenal iaitu Aiman Tino, Azza Elite dan Shasha Saidin bakal menjadi acara kemuncak larian “Mask Run”.
Yuran penyertaan sebanyak RM60 akan dikenakan kepada setiap peserta dan akan merangkumi medal penyertaan dan baju T-shirt larian. Informasi lanjut serta penyertaan boleh didapati melalui laman web rasmi ‘Mask Run’ iaitu di www.resiliencestudios.com.my.
Pertanyaan secara langsung juga boleh diajukan terus ke talian 013 259 2009/ 019 201 0602. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 6 April 2018 atau jumlah maksima penyertaan diterima, mana yang terdahulu.