Jabatan Orthopedik, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) bakal menganjurkan Program Larian “Ortho Run 2016” PPUKM bersempena dengan Sambutan 40 Tahun Jabatan Ortopedik PPUKM bertemakan “Save The Limbs” pada 3 September 2016 (Sabtu) jam 7:00 pagi bertempat di PPUKM, Cheras , Kuala Lumpur.
Program ini bertujuan mengumpulkan dana bagi menampung kos pengubahsuaian dan kelengkapan peralatan Wad Penjagaan Kaki, PPUKM di samping meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya penjagaan kesihatan anggota badan terutamanya kaki, selain menjadikan sukan sebagai salah satu asas penjagaan kesihatan.
Penganjur, Prof Madya Dr. Mohd Yazid Bajuri berkata, “PPUKM mensasarkan 3,000 pelari untuk mengambil bahagian dalam larian ini yang menampilkan dua jarak iaitu 10km untuk kategori lumba dan 5km untuk larian ceria.”
Pendaftaran telah dibuka secara online di https://event.howei.com/event/ortho-run
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.facebook.com/OrtoRun2016/