Home / Artikel Menarik / Dakapan Dan Sokongan Peribadi Bra Sukan NIKE

Dakapan Dan Sokongan Peribadi Bra Sukan NIKE

FA16_NW_ProBraCollection_Athlete_LineUp_59636 - Copy

Hakikat bahawa bra sukan bukan sekadar aksesori untuk melengkapkan bentuk fizikal seseorang wanita, malah adalah satu keperluan penting yang boleh memberi sokongan bukan sahaja fizikal malah juga mental kepada si pemakai. Lebih dua tahun dalam kajiselidik, ujian biomekanik dan rekacipta, Koleksi Nike Pro Bra menampilkan lima jenis bra untuk susuk tubuh yang berbeza; direka untuk meningkatkan prestasi tanpa menjejaskan stail.

“Memakai bra yang salah boleh menjejaskan prestasi seseorang atlet. Untuk mencipta bra yang baik, kami telah menganalisa setiap perincian dari segi keselesaan dan sokongan untuk apa jua jenis sukan”, kata Pengarah Pereka Kanan Jamie Lee.

Maklumbalas dari atlet Nike elit digunakan untuk memperbaharui koleksi bra sukan Nike untuk memberikan sokongan kepada si pemakai tanpa mengira arena sukan. Rekaan dengan perincian baru membolehkan atlet menumpukan perhatian kepada sukan dan bukan kepada bra mereka.

Boleh didapati dalam 29 saiz, Bra Nike Pro Rival, diperbaharui dengan cangkuk yang boleh diubahsuai mengikut susuk badan serta mudah dipakai dan ditanggal.

365_NW_BraModule_Rival_08_59814

Nike Pro Indy mempunyai ciri telus udara di kawasan banyak berpeluh untuk rasa lebih nyaman ketika bersenam.

365_NW_BraModule_IndyCool_05_59816

Bra Nike Pro Hyper Classic pula dilengkapi dengan “flocking” yang memberikan sokongan tambahan di kawasan spesifik yang amat diperlukan oleh si pemakai.

365_NW_BraModule_HyperClassic_04_59815

Koleksi Nike Pro Bra boleh didapati di kedai-kedai Nike sekarang.

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!