Home / Berita Terkini / Larian SSM – The Healthy ONE Sasar 50,000 Syarikat Berlari Sambil Beramal

Larian SSM – The Healthy ONE Sasar 50,000 Syarikat Berlari Sambil Beramal

LArian_SSM_001

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mengadakan Majlis “Soft Launch” Larian SSM- The Healthy ONE 50,000 Syarikat Berlari Sambil Beramal bertempat di Auditorium Tun Dr. Siti Hasmah, Menara SSM KL Sentral pada 5 Mei lalu.

LArian_SSM_002

Program Larian SSM ini merupakan program anjuran Yayasan Kebajikan Amal Bakti Malaysia dan SSM bertindak selaku hos atau tuan rumah bagi program tersebut dan dikelola oleh F&R Exhibition and Conference Sdn. Bhd. Ini merupakan suatu program yang tidak berunsurkan keuntungan, penganjurannya bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik di negara ini.

LArian_SSM_004

Larian SSM ini akan berlangsung pada 22 Oktober 2016 dengan menghimpunkan seramai 50,000 orang peserta larian yang akan berlari serentak di 14 lokasi di seluruh negara dengan jarak larian 8 hingga 10 kilometer yang bermula dan berakhir di perkarangan stadium seluruh Negara kecuali bagi beberapa negeri.

Senarai Lokasi Larian:
1) Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar PERLIS
2) Taman Jubli Emas, Alor Setar, KEDAH
3) Jalan Padang Kota Lama, George Town, PULAU PINANG
4) Stadium Indera Mulia, Ipoh, PERAK
5) Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, SELANGOR
6) Istana Kehakiman, PUTRAJAYA
7) Stadium Tuanku Abdul Rahman, Seremban, NEGERI SEMBILAN
8) Stadium Hang Jebat, Krubong, MELAKA
9) Stadium Pasir Gudang, Johor Bahru, JOHOR
10) Stadium Darul Makmur, Kuantan, PAHANG
11) Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, TERENGGANU
12) Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru, KELANTAN
13) Taman Dewan Undangan Negeri (lama), Kuching, SARAWAK
14) Stadium Hoki Likas, Kota Kinabalu, SABAH

LArian_SSM_005

Program ini mensasarkan penyertaan seramai 50,000 orang yang mewakili badan-badan korporat, syarikat-syarikat, perniagaan dan entitii Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT). Pendaftaran dibuka secara berkumpulan berbentuk ‘team building’ di mana seramai 5 peserta dalam satu pasukan dengan pecahan tiga lelaki dan dua wanita. Pemenang akan dikira apabila kelima-lima mereka berjaya sampai ke garisan penamat.

LArian_SSM_006

Bagi tujuan penajaan, individu atau organisasi yang berminat untuk menjadi penaja bagi program larian ini atau ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi pihak Yayasan Kebajikan Amal Bakti Malaysia dengan menghubungi Puan Sariah Md Dom di talian 016-6829649 atau menghubungi pihak F&R Exhibition and Conference Sdn Bhd iaitu Encik Azuan Ali di talian 03-62431115.

Manakala, bagi menyertai acara larian atau ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan program Larian SSM – The Healthy ONE boleh melayari laman Facebook ‘Larian SSM 2016’.

LArian_SSM_003

Majlis ‘Soft Launch’ Larian SSM ini disempurnakan dengan ucapan pembukaan oleh Encik Abdul Rahim Mohammad, Timbalan Presiden Yayasan Kebajikan Amal Bakti Malaysia dan ucapan perasmian oleh YBhg. Dato’ Zahrah Abd Wahab Fenner, Ketua Pegawai Eksekutif SSM.

Check Also

SHOKZ Lancar Fon Kepala OPENRUN PRO2 dengan Teknologi DualPitch™

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, Malaysia, 23 September 2024 – Jenama elektronik pengguna terkemuka …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!